WTF: # Spanish Revolution? with Fahmi Reza @ 50B, Bangsar Utama, KL
“WTF IS THE #SPANISHREVOLUTION?”: Videos from the revolution
Tayangan + diskusi video-video dari Revolusi Sepanyol 2011
Tarikh: Khamis, 28 Julai 2011
Masa: 8:00 malam
Tempat: 50B, No. 50B, Jalan Kemuja, Bangsar Utama (belakang Stesen LRT Bangsar)
(sebelah office Malaysiakini)
MASUK FREE!
*Tempat duduk terhad untuk 50 orang (atas lantai). First come first serve.
Pada 15 Mei 2011, telah tercetus satu “revolusi dari bawah” yang bakal mengubah sejarah politik radikal abad ke-21. Seramai 150,000 orang telah turun ke jalan di 60 kota seluruh Sepanyol bagi menuntut semula “demokrasi sebenar” dan “people power” dari ahli2 politik elit. Revolusi yang masih berlanjutan sehingga sekarang ini telah disusun dan digerakkan oleh anak2 muda melalui internet & social network tanpa penglibatan kesatuan buruh ataupun parti2 politik pembangkang.
Malangnya tak ramai orang tahu pasal revolusi yang signifikan ini sebab ianya tak dilaporkan dalam media arus perdana. Oleh itu dengan bantuan klip2 video dari internet, latar-belakang revolusi ini akan diceritakan semula berserta dengan kupasan dan analisis oleh penyelidik & pengamat sejarah rakyat – Fahmi Reza.
Watch this teaser:
Follow the revolution on Twitter at #spanishrevolution