Saturday, 8th August 2009: Back To The Early Days @ Noisy

Joe

Joe hoards and shares.

You may also like...

25 Responses

  1. morbid says:

    colleen?

    bos, kalau band dia perform sama ngan band malay power, nak kira cemana lak ni bos?

    cekidut flyer ni bos :

    http://c3.ac-images.myspacecdn.com/images02/67/l_9886bf0ef4e4448aac446bb7ad64b46e.jpg

    tanya je sbb aku pun poseur je.

  2. Ramai org yg menyamakan street punk atau chaos punk dgn nazi punk.kenape?

  3. kenet says:

    wohohoh.. specops siot… gila rare.. igt lagi ke lagu tu kia? hahha.

  4. Wok Dogol says:

    Satu soalan yang amat bernas.

    Masalahnya ramai yang tak mampu mengujarkan soalan yang sama. Mungkin soalan ini langsung tak timbul dibenak mereka.

    Ini aku rasa disebabkan oleh sikap (lebih tepat, penyakit) mengadili orang lain dengan berdasarkan paparan luaran. Ramai antara kita mengangkat diri tinggi sebagai “hakim” tegal yang suka menjatuhkan hukuman tanpa merisik-khabar, meninjau sedalam yang ada.

    Jawapannya aku ada – tidak kenal maka tak cinta. Atau lebih tepat, tak kenal maka tak apa lah kita kutuk, bagi label serta jatuhkan hukuman walaupun tak setimpal. Tak kenal apa?

    Kedua, kerumitan untuk mereka yang bencikan perkauman menerima hakikat adanya mereka-mereka yang tak ambil kisah malah beraksi bersama, berkongsi pentas dengan mereka yang laungkan propaganda perkauman.

    Kata Dum Dum Tak, mereka ni boleh diklasifikasikan sebagai “Nazi simpati”, atau secara ringkas brutalnya; mereka yang bersimpati dengan orang-orang yang rasis.

    Apabila kita lihat kedua-dua sebab ini, aku rasa kita tidak boleh salahkan mereka yang bencikan perkauman.

    1. Kalau awak anti-rasis, anti-fasis; adakah awak akan bergaul-baik dengan mereka yang menjaja lambang “swastika” di pakaian mereka?

    2. Sekiranya band awak anti-rasis, anti-fasis, adakah awak akan senang-hati, bergumbira, beraksi dengan band-band yang rasis TANPA menemplak mereka dengan tegas?

    Kalau saya, kedua-duanya saya tak akan mampu untuk lakukan tanpa merasa janggal, serta bercanggah dengan ide-ide diri saya. Jadi kedua-dua situasi tersebut saya akan jauhi, atau cuba atasi dengan mengeluarkan kata-kata saya melawan.

    Jadi, adakah “street/chaos punks” sama dengan “nazi punks”?

    Mungkin tidak. Saya rasa satu bahagian tu (street/chaos punks) lebih mementingkan fesyen dari apa-apa ideologi berat atau ringan, manakala yang satu lagi tu menerapkan propanganda perkauman didalam laungan mereka.

    Disini timbul satu permasalahan; jadi apa bagusnya punk fesyen ni? Tidak kah mereka ada pendirian yang tegas apabila berdepan dengan ciri-ciri penindasan yang ada?

    Kebanyakan street/chaos punks ni akan bangun melawan, atau paling kurang meronta apabila “kebebasan” diri mereka ditegas, ditahan, dikontrol. Katanya mereka inginkan kebebasan, dan tidak adil sekiranya mereka dikongkong.

    Jadi bagaimana pula bila mereka menyaksikan orang lain yang dikongkong? Apa pandangan mereka apabila melihat orang lain ditindas, misalannya, oleh agen-agen perkauman? Adakah mereka dengan senang-hati berdiam diri, buat tak tau? Apabila yang ditindas itu bukan mereka sendiri, maka tak apa lah; “apa peduli aku? lantak ko orang lah” kata mereka. Gitu?

    Daripada apa yang saya nampak, memang gitu! Secara pendek, street/chaos punks (atau lebih tepat, Punk Pesyen) adalah gerombolan yang tak hiraukan kepentingan orang lain, melainkan diri mereka dan gerombolan mereka sendiri. Kebanyakan antara mereka akan menyatakan dengan bangga bahawa “kami bukan politikal”, “politics is full of shit”, “fuck politics” dan lain, lain slogan yang sama.

    Bagi mereka yang paham apa itu “politics”, pandangan street/chaos punks ini “bodoh”. Saya bersetuju. Saya bersetuju berlandaskan kepahaman saya yang “politics” ini adalah sesuatu kuasa yang menyentuh semua orang dan tiada yang lepas dari gengamannya.

    “Politcs”, tak kira yang besar (kuasa politikal) atau kecil (pergaulan orang biasa), adalah sesuatu kuasa yang menjejaskan semua orang. Kesemua kita berada dibawah gengamannya, tak kira yang street/chaos punk atau yang peace/anarcho punk atau indie atau apa saja yang ada.

    Jadi pandangan street/chaos punks dengan angapan pergolakan politik yang ada TIDAK menyentuh atau mempengaruhi kehidupan mereka ada satu pandangan yang cetek. Lebih tepat, satu pandangan yang “in denial” atau “berada didalam keadaan yang menidakkan kebenaran”.

    Sebagai contoh, sekira politik persekitaran kita tidak menjejaskan mereka, adakah mereka masih membayar tambang bas yang murah dari harga sebenarnya? Kalau orang lain naik bas ke Chow Kit dari Central Market terpaksa bayar RM2, mereka yang “street/chaos punks” hanya bayar 50 sen? Adakah mereka dibayar gaji minima yang sepatutnya ada, dan bukan RM2 sejam? Adakah yuran khidmat kesihatan mereka lagi murah dari mereka yang “berpolitik”?

    Tidak. TIada bezanya! Apabila kamu berada diantara gerombolan manusia lain yang berkisar sebagai sebuah masyarakat, kamu berada dibawah telunjuk “politics”. Kamu boleh katakan tidak, tapi apabila ada pergolakan politik kamu juga yang merasa.

    Berbalik kita kepada perbincangan asal. Jadi apa bagusnya “street/chaos punks” yang bersekongkol dengan Nazi punks yang suka menindas orang lain berlandaskan perbezaan warna kulit dan asal-usul dengan diri mereka?

    Dengan ringkas, street/chaos punks mungkin bukan rasis, tapi mereka rata-rata membenarkan rasisma membuah akar, tanpa melawan, tanpa menegur, tanpa mengangkat tenaga menendang penindasan serta ketidak-adilan yang ada.

    Adakah itu “punk”? Bagi saya tidak. Itu adalah “pesyen” buta semata-mata. Kata orang putih, “fashion victims”, mangsa-mangsa pesyen. Orang kampung lagi bijak saya rasa, mereka menemplak “pesyen” dengan sinis; kata mereka “biar papa, asal bergaya.”

  5. rizie says:

    Kata Dum Dum Tak, mereka ni boleh diklasifikasikan sebagai “Nazi simpati”, atau secara ringkas brutalnya; mereka yang bersimpati dengan orang-orang yang rasis.

    tak baca habis ke tajuk lagu tu dum dum dum tak?
    tajuk lagu itu sebenarnye “ANTI NAZI SIMPATI”
    kami sesangat anti dengan orang2 yang simpati kepada kaum2 yang rasis seperti mereka-mereka yang membawa idea-idea NAZI DAN MALAY POWER.

    kepada wak dogol,rajin-rajin lah masuk ke blog ini : http://www.gerakan-anti-perkauman.blogspot.com/

  6. Wok Dogol says:

    Encik Rizie, bukan kah “Anti-Nazi Simpati” tu tajuk lagu DDT? Saya membincangkan terma “Nazi simpati”, atau kata orang puteh “Nazi sympathy”. Paragraf diatas bukan mencanangkan DDT sebagai “Nazi Simpati”. Itu jauh menyimpang.

    Mungkin saya harus membetulkan ayat saya sedikit jadi begini:

    “Kata Dum Dum Tak, mereka ni (punk-punk pesyen yang sedang dibincangkan, dan bukan DDT sendiri) boleh diklasifikasikan sebagai ‚ÄúNazi simpati‚Äù, atau secara ringkas brutalnya; mereka yang bersimpati dengan orang-orang yang rasis.”

    Boleh?

  7. *menguap

    *silangkan kaki, sandarkan badan di dinding, buka muka surat ke-12 buku terpakai, dan berkata;

    My ignorant is still my fuckin’ bliss.

  8. mejimbo says:

    fuck off, to all the malay powers, racist motherfuckers and nazi ass”sympathy”holes. here’s some shits you should eat – http://koperasihakasasibabi.blogspot.com/2008/08/propaganda-nenek-kau.html

    fuck away. you don’t belong to the scene.

    fuck people who fucked people. that’s simple.

  9. YouthCrew says:

    Colyn kena bagi penjelasan why Vixxen main gig nazi organised by malay Power dan lain2 or else aku akan banned Hellsister for life jugak.

    2ndly, bebudak Malay Power ni bodoh jugak sebenarnya. Contoh: Semua band nazi kat situ terang2 nama band dlm Inggeris. So apakah jadahnya mereka bangga sgt ngan MALAY POWER kalau mcm tu. Pastu baca kat post comment antara mereka sendiri. Siap “Sieg Heil” sesama diri. Itu MALAY ke tu? Bukan ke beri salam..ni Sieg Heil. Terang2 mereka ni yg khianat bangsa mereka sendiri.

    Pastu ko check ada satu band tu siap tulis “We are not racist, we just proud to be MALAYS” Kalau proud to be malays tulis dlm BM la asal BI? Kenapa pakai cara skinhead. Itu fesyen yg dimulakan di UK. Apaka jadahnya MALAY POWER kalau dressing pun ikut budaya BARAT? Pakai la baju melayu dan selipar kalau berani??? Aku cabar MALAY POWER korang tu.

    Pastu nak salah or kaitkan Antifa, SHARP, etc yg mereka ni communist. Yg memang betui komunis yg perang di Msia dulu tu memang jahat,. tetapi ideloginya tidak. Oleh sebab itu masih terdpt few negara yg di kuasai oleh kerajaan KOMUNIS. Tapi ada ke skarang ni negara yg di kuasai oleh NAZI? TIDAK kan. So korang fikir balik kenapa buleh wujudnya negara komunis sepeti Cuba, China, Russia, etc sehingga hari ini ? Kenapa USA or UN tak buat tindakan? Wujud ke negara Nazi? TAK kan…sebab nazi bangang. Fahaman yg bangang dan racist!

  10. morbid says:

    cemana nak bezakan antara malay power punk ngan street punk?

  11. fathimah says:

    Oh silap ya YouthCrew silap..mana kau tahu ni komunis yang berperang di Tanah Melayu itu jahat. Mungkin kau masih lagi menghafal buku teks sejarah sekolah kebangsaan atau mastika beberapa tahun lepas. Komunis dan ideologi yang dijalankan di Tanah Melayu dahulu tidak sekejam yang kau faham. Banyak fakta yang sudah diputarbelitkan. Komunis memang bertindak agresif, dengan membunuh mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British di Tanah Melayu dan menyebabkan atoknenek dan moyang kau dan aku yang ternampak dengan kedua-dua biji mata mereka sendiri menganggap Komunis itu jahat. Tapi kasihan mereka tersalah faham…

  12. sungkai says:

    kalau diikutkan band-band street punk di luar. mereka bukan tergolong didalam nazi dan rasis. Seperti The Casualties dan Total Chaos sendiri ada lagu kill a nazi dan kill nazi dead. Bukan salah mereka jika mereka diikuti oleh budak2 nazi. Seperti juga dum dum tak dengan lagu anti nazi simpati, tetapi tetap ada jugak nazi yg follow diorang. itu bukan silap band.
    Masih ada band-band chaos/streetpunk yang melawan rasisme. Seperti Street Boundaries , The Liberals dll. Memang tak salah jika saya mengatakan mereka punk fesyen. Tetapi apa yang berlaku hari ini semuanya fesyen, berbaju hitam, berbaju berlogo kan band, berkasut vans, semua itu fesyen. Bahkan bermain di atas gig dengan memakai selipar dan berkaki ayam juga menjadi fesyen sekarang. manusia sememangnya tak boleh lari dari fesyen.

  13. jgn ckp org bodoh.mungkin kurang pandai.tak kenal maka tak cinta.anda semua disini mmg pandai2 belaka.kalau salah tolong tunjukkan.jgn terus mencaci…aku tak kisah dgn makian.jgn usik telor aku dah la.kesian pada budak2 yg baru nak belajar.

  14. YouthCrew says:

    MORBID – nazi punk bukan sejenis muzik. Tak kira apa jenis muzik punk yg pasti if depa ada laungkan rasisma or melambangkan unsur nazism, racism then they play punk musik then thats nazi punk. Tak kira la street punk, punk rock, punk 77, dll.

    FATHIMAH – saya tau la sebab Tok saya kommunis. Sapa kata Jepun bukan komunis? Camner ko tahu diputa belitkan. ke fakta ko dpt tu pun diputar belitkan. Aku dah 35 tahun la. Ko tu yg budak baru nak baca buku teks. Terang2 ko tulis depa bunuh. membunuh itu kejam. Tak kira komunis ke, British ke, jepun ke. Sama jer. Ko bunuh ko kejam. itu perbuatan aksar kominis masa itu tetapi ideologi komunis tetap bagus. Ko salah faham. Baca balik aku ckp yg jahat org (ORANG) komunis tapi fahaman nya tidak. Nak ulang lagi?

    ANTON – budak baru nak belajar eksen. Zine depa tak beli sebab depa kata intenet semua ada. Niway internet bukannya semua source tipu. Tgk website buleh tahu web tu spam ke tipu ke. Buleh tahu. Internet ko type nazi je sepah info. Type street punk sure ada. Type komunis. ke depa hanya into the scene semata-mata kerna muzik shj. Baca takan tak buleh paham. Tak paham tanya org jgn diam kan diri. Kalau tak buat apa hang dok dlm scene kalau dok sorang2.

    Anyway boikot gig ni : http://2.bp.blogspot.com/_6jUI_B8x2-A/SltA7fjXN6I/AAAAAAAAAGU/hH4XTe1N6m4/s1600-h/l_f7dd799cb6354fe5a40d60140e2f62e7.jpg

    Another malay power show coming at 1 cafe. nazi punks, nazi skin, nazi black metal (NBSM) fuck off!

  15. famy says:

    jom layan lagu aus rotten……

  16. YOUTHCREW-Btol gak tu kan.budak2 baru ni kurang ambik tau hal2 dlm scene.poyo je lebih.kadang menyampah gak aku.tak bleh kena tegur,nak mengamuk je…lantak diorang la.1 hari nnti diorang paham la tu.psl nazi yg kau crite tu btol la tu..mat rempit pon ramai gak pakai swastika.hahaha

  17. PORN says:

    kalau aku ada band..dan aku ada kawan ..memang dari kecik/masa skolah..lost contact sejak abes skolah..pastu jmpe balik..pergh confirm mesra jeee..ajak minum..bual2 kisah2 silam..tanya kerja apa skang? da kawen ke belom? kira kenangan silam mengusik jiwa la, pastuh dia toleh kebelakang..menyapa kawannya dari jauh..terkejut aku kelihatan logo swastika dan malay power di jaket nya….

    cerita habis di situ…..

    apa perlu aku buat?

    putuskan hubungan dengan beliau?

    terus berkawan?

    hatiku berbelah bagi…dia tahu aku punk ..yg anti rasisma dan fasisma..tapi..sepanjang pertemuan kembali..tak pernah timbul soal-soal,pertengkaran,atau perdebatan yang “punk”..hanya berbual biasa..kalau aku terus berkawan akan di cop nazi simpati? band aku macamana? kebetulan 1-2 lagi ahli band aku juga mengenali dan berkawan dengan beliau..ya kami boleh mengelak utk berlepak atau bersama dgn beliau..tapi sekali sekala kalau dia ajak minum teh di mamak? dah la duduk tak jauh dari taman perumahan aku..kalau “scene punk yang di sbelah sana” nampak..habes la aku dan band aku di cop nazi simpati…..

    -aris (bukan nama sebenar)

  18. masalah kau same dgn aku.bg aku.aku taknak putuskan talian silaturrahim hanye semate-mate kerana nazi yg takde kene-mengena ngan hidop aku tu.kalau nak lpk boleh tp,tlg jgn crite psl benda2 nazi-nazi ni.tp,taklah bermakne aku nak lpk ngan bdak2 ni hari2 kan.kalau terjumpe lain la.pade org yg suke nak cop seseorang tu nazi ke rasis ke fasis ke,korang pon sama saja.jgn nak cop org mcm2 kalau tak kenal.kite buat baik ngan org mcmtu gak lah sebaliknye.tak percaya tanye dia…

  19. banyak band punk yg bkn nazi tp,tak berpeluang utk main gig.ssb kebanyakan gig yg aku tgk lebih kepada gig kwn2.kalau kau tak kenal organizer mmg ssh la nak dpt main.cube bayangkan kau ade band tp takde org ajak main gig.tibe-tibe ade geng2 nazi ajak main gig.ade org salah sangka psl ni.pernah tak korang terpikir band yg mcm ni main kat gig nazi tu tp,diorang main lagu yg anti nazi.band2 mcm ni lebih berani dr korang sbb diorang fuck nazi depan-depan!bkn setakat tulisan kt internet dan zine…sampai bile nak tulis je,action nye mane?!

  20. famy says:

    fight power not people!!!!

  21. Fizan says:

    Interaksi ajelah dgn bebudak ‘nazi’ tu, tak mana lamanya jadik nazi tu, mesti sekejap je, darah muda, mestilah nak ikut kepala dia je yg betul! kalau tak jalan jugak, tinggalkan aje lah, kalau nak kena pukul, lari je kalau dah tak boleh nak melawan sangat, kalau takut kena pukul, tak payah jumpa terus. bising dalam ni je.

  22. sungkai says:

    Apa lagi dok fak itu fak ini tapi tanpa tindakan!
    Kita ada misi!

    http://himpunanmansuhisa.wordpress.com/

    Sabtu 2.00 Petang
    1 ogos 2009 sertai Gerakan Mansuh I.S.A
    Lokasi KL Sentral | Masjid Jamek | Bandaraya

    Sertai Kami:
    Gerakan Anti Perkauman
    http://gerakan-anti-perkauman.blogspot.com

  23. betol la tu..fuck sane,fuck sini ape pon tak dpt.buang mase je.tp ingat..walau berbeza pendapat atau tindakan tujuan ttp same!

  24. zeroland696 says:

    maaf banyak2.aku nak mluahkan perasaan sikit.

    gig ni sgt tak berbaloi2 pegi same mcm konsert search tuh.aku sanggup amik cuti hanya utk menyaksikan band2 LAMA beraksi.tp ape yg aku dpt.terutama dr set tdd.tak smpai 3 lagu almk..ko org dh mabok..main entah ape.yup.tujuan aku mmg nk tengok tdd beraksi.tak lupe jugak dgn band lain yang sangat aku hormati suatu ketika dahulu.tapi memang menghampakan.sori to say.organiser perlu bertindak lebih tegas sepatutnya.aku tak rase berbaloi & enjoy pergi gig ni sampai ke hari ini.aku pon mabok jugak.n u should be clever to know when and where and why.

    aku terus belah dan drive ke paul place.pilihan aku tepat.die org tgh break sekejap.band yang bersedia main ialah tools of the trade,cafergot dan magnicide.yess.memang tak menghampakan.telinga dan mata aku di sajikan dengan performance yang mantap,jujur.komitmen yang sangat tinggi,serius dan menghiburkan.crowd memang gile time tott cover lagu carcass dan pig destroyer..aku tak sure lagu ape die org cover.tapi mmg best.time magnicide jangan cakaplah.100% blasting grindcore.tight dan memang puas hati.

    its totally different.

    rating to 10
    gig noisy 4
    gig paul place 8

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.