Saturday, 6th & Sunday 7th October 2007: 10 Tahun Sebelum Merdeka in Penang!
Tayangan & diskusi filem “Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka”
Tarikh: Sabtu & Ahad, 6 & 7 Okt 2007
Masa: 8:30 malam
Tempat: Kolej Han Chiang, Jalan Lim Lean Teng, Georgetown, Penang
Tiket: PERCUMA!
Anjuran SUARAM Penang, Penyougrad dan Phoenix Friendship Association.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Shushi 012-875 6179 / email
Soo Ling 012-558 9633 / email
10tahun.blogspot.com
Tawaran istimewa untuk rakyat jelata sempena Hari Raya!
Bagi semua yang masih belum berkesempatan untuk menonton filem ‘Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka’, kamu boleh download filem ini secara PERCUMA melalui bittorrent di sini.
Salam Aidilfitri dan selamat menonton!
smarties!
sayangnya tak boleh donlod torrent sini. demmit!
dean, tahun ni korang tak organise Artport @ Shah Alam lagi ke? kalau ada boleh screen filem aku!
itu lah…aku marah dgn diri sendiri la ni..byk event menarik terlepas. ape lagi nk buat event..huhu.. those yg dh tgk sume rebiu cambest. hish! =D
Khas buat pembaca Ricecooker di Penang!
Kalau kau datang tayangan hari Sabtu 6/10, bawa sekali 1 keping CD-R kosong supaya aku boleh buatkan salinan filem “Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka” dalam bentuk VCD atau .avi file (sorry, iBook aku tak boleh burn DVD).
Tapi syaratnya kau kena datang tayangan hari Ahad 7/10 untuk ambil balik CD-R kau tu. Orait jumpa korang di Penang!
Fahmi, ko ada projector? If ada maybe aku boleh propose utk screening @ gig Nov ni =D
kaki bodek u all ni! masuk neraka!
bodek?
dean, idea bagus! aku boleh cari projektor. kau confirmkan tarikh dan tempat orait.
ok, will do. pphl nnti aku tepon @ email =)
2 kali aku tgk filem ni…best!!..i gotta a chance to learn something from it..thanks fahmi!..my frend told me HARTAL means “Strike” in Urdu language..Does it have the same meaning in ur movie or does in stand for something else??
Asal-usul idea dan perkataan Hartal tu memang datang dari India. Maksudnya sama, pemogokan umum atau general strike. Waktu Tan Cheng Lock cabut ke India masa zaman Jepun, dia nampak Gandhi gunakan aksi Hartal sebagai protes terhadap penjajahan British di India.
Jadi bila dia balik Malaya lepas perang & jadi pengerusi PUTERA-AMCJA, dialah yang cadangkan buat Hartal seluruh Malaya sebagai protes terhadap Perlembagaan Federation ciptaan penjajah British & UMNO.