Saturday 27th & Sunday 28th August 2005: Independent As Hell 5 @ JB
“Go Corruption, Viva La Hadhari!!”
INDEPENDENT AS HELL V
August 27th & 28th, 2005 Johor Bahru, Johor
Dear People,
The response for INDEPENDENT AS HELL V was absolutely awesome. Thanks for your concern. We’ve got a lot of feedbacks from individuals, bands and groups. But anyway, we need to re-organize and evaluate it back especially when dealing with the matter of expenditure. That’s why we can’t make it for free this time.
The venue? For Hutan Bandar, you can take any bus to Bandaraya Johor Bahru and be aware once it reaches Jalan Tasek Utara. The landmark spotted nearby is RTM Building. It will cost you for only RM1. For the gigs, take any bus heading to Taman Universiti and stop at Green Apple Cafe. Famous landmark spotted? Jaya Jusco Taman Universiti. It will cost you for RM 3.50. Use you common sense. If you lost somewhere in the City Square, please called anybody you know live in JB or just call us.
Since this festival is for you people, kindly we explain the whole thing behind it. The studio cost us RM60 per hour (RM60 x 5 = RM 300), and the camp site at Hutan Bandar charged us RM60 too per day (with addition RM2.50 per head). So, frankly we can’t afford for that cost too much (government did not support us anyway, haha) but we try to find another alternative for you people to minimize the cost. Don’t worry, we won’t rip you off.
Come first, and deal with it later. Your support is worth the costs. And definitely not only for punk hardcore people, anybody is invited to come. Till then, see you later!
List of Groups and Bands involve as being juggled by Lah! So, the juggling at goes like this:
Day One ¬°V Art Exhibition, Conference & DIY Workshop
August 27th, 10.30 a.m, Hutan Bandar Johor Bahru
10:30 am
Registration – Freebies / Handout giveaways
– Sticker and other merchandise.
– The Notes on Nationalism by George Orwell
– Souvenir from f:codes [limited, so come early]
11:00 am
Briefing by Collectives / Groups.
– Introduction to Activism
– Art Exhibitions
01:00 pm
Vegie-Lunch
02:00 pm
Talks on Nationalism / Patriotism
– “Why patriotism is bad for you?” or is it bad? – [each participators need to hold a slot]
03:00 pm onwards
DIY Workshop
– DIY skill sharing with everybody – [everybody were encourage to share their skills]
– DIY Silk-Screening[Sub:vert] – bring your own blank t-shirt, preferably white
– Theory on Stencil Graffiti[f:codes] and ¬°¬•talk¬°¬¶ about ¬°¬•mass street art action¬°¬¶
For participators, they could camp on the site that night and we can insert more activities for sure.
Day Two ¬°V Live DIY performances
August 28th, 2.30 p.m, Countach Studio, Taman Universiti. RM5 only.
For more information shout these people names 3 times:
Joe : 012-7248105 // tearsrage@yahoo.com
Chang : 019-7965784 // burnyourfaces@yahoo.com
Matt : 012-7436664
——————————-
from: burnyourfaces@yahoo.com
INDEPENDENT AS HELL 5
Keamanan tanpa sebarang elemen perkauman dan nasionalistik.
Kepada rakan-rakan sekalian,
Kami adalah rakan-rakan anda dari organisasi DIY Subversive Adverts. 31 Ogos datang lagi, perubahan dalam pucuk pimpinan juga telah kita saksikan namun polisi kerajaan bersih juga masih lagi kita nantikan sehingga sekarang. Jadi untuk apa Hari Kebangsaan dirayakan sekiranya kita masih lagi tertindas? Kita masih dijajah dengan status sosial, dibezakan dengan warna kulit, dan dimanipulasi dari segi politik dan ekonomi. Demokrasi negara ini adalah demokrasi yang tidak membenarkan rakyatnya bersuara, dimana polisi kerajaan bersih hadhari masih lagi menyaksikan rasuh yang berleluasa. Dan adakah kita perlu akur dan tunduk tanpa sebarang soal?
Oleh itu, kami mengajak anda semua untuk turut serta dalam INDEPENDENT AS HELL #V, satu aktiviti tindakbalas dan bias kepada Hari Kebangsaan yang dirayakan setiap tahun. Kami berpendapat Hari Kebangsaan menjadi suatu medium untuk melebarkan jurang sesama manusia dimana sikap patriot dan perkauman menjadi propaganda utama untuk kepentingan sesetengah pihak. Setidak-tidaknya aktiviti ini dapat menjana momentum untuk kita bergerak kerana Punk Hardcore adalah resistansi, bukan jawapan untuk kebosanan remaja.
Apa itu Independent As Hell?
Independent As Hell adalah festival percuma yang berteraskan pendidikan tak formal, kesedaran dan perkongsian hiburan. Ianya adalah diorganisasi dan disertai oleh golongan mereka yang menolak untuk patuh dan tunduk oleh apa yang disuapkan oleh sistem sedia ada. Secara amnya, Independent As Hell adalah aksi tindakbalas dan protes kepada Hari Kebangsaan yang diadakan pada 31 Ogos setiap tahun. Selepas mengadakan perbincangan, kami berpendapat yang Independent As Hell seharusnya tidak lagi menjadi gig berbayar. Ini kerana kami tidak mahu Independent As Hell itu hilang nilai dan peranan dalam menyatukan kita semua dan menjadi medium dalam berkongsi kesedaran dan protes sosial.
Ia tidak sepatutnya menjadi tempat dimana anak-anak muda melapangkan masa untuk berhibur mengisi kebosanan di Hari Kebangsaan dan beredar selepas itu tanpa sebarang kesan. Oleh itu, kami kembalikan Independent As Hell ketempat dan fungsi asalnya, malahan kami cuba tambahkan peranan yang sedia ada. Tetapi semuanya hanya akan berjaya dengan sokongan anda semua. Mari kita cabut sistem perkauman dan nasionalistik buta hingga ke akar umbi.
Bagaimana anda boleh membantu?
Kami perlukan kolektif atau organisasi DIY dan bukan kerajaan untuk menyertai konferens pada hari pertama, iaitu hari sabtu. Dengan adanya penyertaan dari pelbagai pihak, mungkin kita dapat melihat kemungkinan sebarang aktiviti lanjutan seperti protes aman boleh dilakukan pada hari tersebut atau apa sahaja alternatif lain seperti bengkel DIYdan perkongsian maklumat.
Tetapi buat masa ini, kami perlukan koresponden dan pendapat terlebih dahulu dari semua organisasi yang sedia ada. Kami juga memerlukan pengesahan penyertaan untuk menganggarkan jumlah yang hadir. Tempat akan dipastikan kemudian, buat masa ini tempat yang berpotensi ialah kawasan Hutan Bandar Johor Bahru dan kami sedang mencari alternatif lain yang lebih mudah dan lengkap.
Kami juga perlukan band-band DIY untuk turut serta memeriahkan pesta kesedaran muda-mudi yang diadakan pada esok harinya. Jika kamu memiliki band, ayuh turut serta dan jatuh cinta. Tiada sebarang klasifikasi muzik dan tiada audition diperlukan. Tetapi harus diingat, tiada bayaran yang boleh dijanjikan untuk dibayar balik kerana kami cuba menjadikannya secara percuma atau dengan bayaran seminimum mungkin supaya semua pihak dapat menikmatinya secara saksama tanpa kerisauan memikirkan tambang bas yang naik harga.
Buat masa ini, kami cuba untuk menyediakan sedikit saguhati atau kenang-kenangan yang boleh dibawa pulang tetapi semuanya bergantung kepada tahap kewangan kami. Ini kerana pengorganisasian aktiviti Independent As Hell ini tidak mendapat sebarang suntikan kewangan daripada kerajaan.
Para pemilik distro, editor zine dan sesiapa sahaja jangan lupa bawa produk DIY kamu untuk disebar dan dikongsi bersama. Selain dari membaca sambil berhibur yang berbunyi agak ajaib, mungkin sahaja mereka yang gemar pening-pening ketika berhibur boleh membawa pulang produk DIY untuk ditatap dirumah yang lebih terjamin kondisinya. Namun bagi individu yang tidak membawa apa-apa, kedatangan anda sahaja sudah cukup menunjukkan satu bentuk sokongan kepada aktiviti ini.
Sekian sahaja, terima kasih atas kelapangan masa anda.
“Kata-kata tidak dapat menyelamatkan kita”
Subversive : Adverts
Korresponden Yang Berkhidmat 24 jam.
Joe : 012-7248105 // tearsrage@yahoo.com
Chang : 019-7965784 // burnyourfaces@yahoo.com
Matt : 012-7436664 // takde email lah wey!
patriotik as fuck Ya!!
thanks joe! anybody who intested do contact us before the end of july.
okie aku sheedy dari bacteria records ipoh berminat utk menyertai nya…so camner…?
kami ada beberapa band nak took part….
sekian terima kasih…
wah.dah lama tak dengar citer gig ni nih. viva la hadhari tu.cute! hehehe.
yahoooo!!!
viva la hadhari– hehehhhehe, good one.
To joe, aku punya pC sedang jahanam habis, ni tengah nak beli barang nak buat balik PC tu. So, artikel tu pon akan lambat ckit. paling awal 2 minggu lagi okey? Thanx for the offer dan selamat had-hari kebangsaan.
Islam had-hari
Islam had-hari
Islam had-hari
Malaysia bistari
kolej dan universiti
bersepah ruah sana dan sini,
Pakat- pakat jual diploma
pakat pakat beli degree
kalau pinjam buat belajar
PTPTN bagi sukahati
budak tak bayar tak cukup dana
kena minjam ngan KWSP.
Dah tak larat dah nak maintain
terlalu berkos itu dan ini
Pelajaran dah tak bertanggung
hostipal pun dah tak nak bagi free.
Doktor gomen gila terbeban
ngan doktor private berjurang gaji
tender ubatan dimark up dek kroni
400 persen memang gila babi.
Macam mana kosnya tak tinggi
suap, mark up,sana dan sini
“because we want effeciency”
nak swastakan pulak air negeri2
jual perbaih pegangan kerajaan
api, telepon, air dan apa lagi
Komen sikit pasal layanan?
Aduh Mahaleel kena lagi.
Tak memasal orang tu rugi
Loya tekak tak makan tak beli
Seluruh negara media ‘kompangi’.
Jualan metro melonjak tinggi
Sempena dengan hadhari ini,
umat perlu berhati- hati
last-last malu diri sendiri
rupanya sosej tak berkulit babi.
Islam had-hari
Islam had-hari
Islam had-hari
Malaysia bistari.
apa acaranya? baca puisi ke, pentomen ke, ceramah agama ke? harap takyahlah live band performance…kalo nak pun biarlah unplugged ( gitar kapok 2-3 biji dengan percussion+tamborine -best ), hari-hari rock pun letih telinga…but lain sikit, baru gerek sehhh…
siak!kene kumpul duit balik jb ni!!arghhh!
Encik Ekspres Rakyat,
Kami fikir semua agenda telah dijelaskan dengan terperinci di atas. Pada hari pertama diadakan samada konferens atau bengkel bergantung kepada penyertaannya kelak. dan hari kedua diadakan di tempat yang berlainan dimana live band performance masih diadakan. cadangan anda amat kami hargai dan ianya ada possibilty untuk dilakukan pada hari pertama. Mungkin, idea yang menarik. Kita akan sama-sama bincangkan kelak.
Encik Mat Yie,
Menarik puisi anda. Kami tertarik untuk mencetak kembali puisi ini untuk diedarkan pada hari tersebut. Terima kasih.
Encik Dhani Ahmad,
Anda diminta tolong hubungi Chang (no kontek ada diatas) dengan segera berkaitan dengan acara hari pertama. Kami ingin meminta bantuan anda.
Encik Sheedy,
Sila rujuk perkara tersebut dengan salah seorang korresponden di atas. Mereka akan membantu.
Encik Scum’,
Kumpul duit jangan tak kumpul.
Sekian, Terima Kasih.
encik subversive : adverts
terima kasih…
Terima kasih atas respon anda. Lazimnya Hari Kebangsaan sinonim dengan acara bukan ilmiah. Bertopengkan artis yang patriotik hanya sehari sebelum raptai acara berbayar kemudiannya, seolah-olah memperbodohkan kita tentang penipuan terhadap sejarah. Aku juga tertipu, seperti kau dan juga mereka. Simpati kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang dipinggirkan hanya kerana perbezaan ideologi. Kredit boleh diberikan kepada organisasi yang juga ada menganjurkan program kesedaran mengenai nilai kemerdekaan yang biasanya dianjurkan oleh kesatuan karyawan, seniman, cendekiawan, ilmuwan. Program ini memang sepatutnya diadakan secara tahunan. Lebih baik lagi lokasinya berubah-ubah, semacam “rally”. Dan bukan sahaja kepada hari-hari tertentu. Variasikan acara, kembangkan idea. Yang penting, independen.
assalamualaikum……………
gue berminat utk menyertai pasukan kugiran anda
gue bersama revenge of the killer germs kalau boleh la sebab…..
gue belum confirm dgn band gue lagi
kalau boleh la.ma kasih………..
bye……adios amigos
wassalam dan selamat berjaya
pa revenge of the killer germs.
“Keamanan tanpa sebarang elemen perkauman dan nasionalistik.”
So, what’s up with Hadhari?! Though it’s sarcasm, I want further detail about the connection between Hadhari, racism, nasionalistic, (Viva la) corruption & being independent (as hell). If this “As Hell” is about ‘all out hedonistic’ such as drunken party as typical clubbers’ party celebrating merdeka… therefore, i won’t participate for sure. It’s confusing & do teach me. Thank you.
Untuk sekadar makluman.
Setakat ini sokongan dan respon untuk Independent As Hell amat menggembirakan. Untuk bands-bands yang sukarela partisipasi adalah:
xLumrahx – straight edge hardcore
Nuisance Drilled – doom sludgecore
Happo Hiken – anime-influenced grindcore
Selfmadegod – thrash grindcore
Makhlok Perosak – crazy thrashcore
Juwita- power violence?
Weot Skam – old school thrash
Memandangkan masa adalah begitu terhad, kami terpaksa mempertimbangkan kembali semua yang ingin turut serta termasuk nama-nama di atas.
Sekian, update seterusnya akan muncul kelak.
errrrr….. nak print balik eh? takde masalah, tapi tu rhyme biasa beb, aku but lawak spontan sebab ada banyak masa kat lab hari tu, geli geleman pulak kau panggil tu puisi. Lawak bodoh je tu. Heheh.
Errr, nak mintak tolong buat apa ek? kalau ada apa-apa yang nak ditolong cakap kat sini aja la yek? kalau boleh ditolong akau tolong…. good luck ngan aktiviti tu.
Some Updates:
Few groups/collectives has agreed to collaborate with us. They are;
Network Of Solidarity Collective
A // Resistance
Uda Thrasher Conspiracy
and..
sure we need some more. Any?
kalau ada org perseorangan nak terlibat ie. xhibit sumthing…..boleh ke
kat maner ar gig nie,aku tau kat jb tapie kat maner??ok nanti aku carie flyer
Toilet Head,
yes, you’re more than welcome! you can contacted us through number stated above. By the way, we know who you are :).
Punk Bp,
The venue has stated somewhere in the paragraph. Go figure!
Thanks for the predictive explanation. Viva la anything!
kudeta kolektif? kolektif baru eh? cool… 🙂
ermmm…sedikit info, kalau nak ke Hutan Bandar: dari Terminal Bas Larkin, naik je mana¬? bas yang menghala ke BANDARAYA JB…
+ tata//titi//tutu
ada pembetulan yg aku terlambat terima[selepas aku submit flyer]
ada dua nama band tg salah eja……
ila mitra ( singapore screamo ala yaphet kotto )
happo hiken ( poli JB grind )
aku mintak maaf atas kesilapan ejaan tersebut……kalau nak marah….marah lah kat organizer yg bagi aku maklumat yg salah!
thnx!!!!
lupe plak…kalau dari bando JB plak, naik la mana¬? bas menghala ke LARKIN. bgtau drebar bas nak berhenti kat court mahmood…pastu kena jalan skit ah….senang jeks
yerps! belakang jeks…mmg dah dekat gile…kira korang akan berjalan next to hutan bando…
🙂
hahahha….hari ni Pak Lah dtg kolej aku…aku ngan memember escape. gile bebudak tunggu dr kul 10 td Pak Lah kul 2 baru sampai…rase cam nak je print flyer gig ni kasik kat die…mintak otograf sekali ke hahahahahha…!!
wish i could be here…..!!!!!
good luck to f:code!!
weii chot (aku rakus),kalo ko baca ni..kontek aku la,ooo buang batu bata la..
giler ah ding dong…aiks apsal ada band yg denganye ader main tapi tak tersenarai!! kenape erk? ker mende nih memang dah dirancang? ker memang untuk korang¬? jek?
apa nama band nya?napa x bagitau jek?buleh ah nnti budak organiser ni jawab..buat apa nak rahsia?cepat lah bagitau..cepat bgtau..cepat selesai..tade lah nak berdendam simpan dlm hati..cepat!!
cepat la bgtau nama band tuu..kalau x aku tuduh kau mentipu..hehe..
intifada…knape xde? bleh tau saper organizernyer?
hehehe..tunggu jek la dia komen..
kan dorang ada bg num phone tu, kol la…bawak berbincang…mungkin dorang tersilap agaknye…
kalau nama band takde dalam flyers, x bleh main ke? penting sgt eh?
dear deddy dores.
saya shin chan, behalf on the subversive adverts. terima kasih atas respon anda. malangnya dari respon anda itu kami terbau verbal offense terhadap kami “kenape erk? ker mende nih memang dah dirancang? ker memang untuk korang¬? jek? ” Apa yang anda maksudkan untuk “korang2 jek”? Adakah anda dan geng2 anda tidak terlibat dengan “korang2 ni”? Jika tidak terlibat, maka siapakah korang ini, anda dan geng2 anda atau korang2 yang anda maksudkan.
hantam prasangka buruk.
baiklah, biar saya jelaskan segala kekeliruan yang wujud di sini. Sebelum itu saya ingin mengujakan pertanyaan “Mengapa ketika pra-flyer diedarkan yang mengandungi no2 telefon untuk dihubungi, anda tidak berkomunikasi terus kepada kami? sedangkan kami akan updatenye selama selang 2 hari sekali. Anda boleh lihat di atas yang mana setiap persoalan yang timbul ada jawapannya. Mengapa baru sekarang? Kenapa mahu pertikaikan samada siapa yang layak main atau tidak? Ingin dijelaskan, gig ini adalah bukan milik individu. Jadi pembahagian dilakukan secara kumpulan, mengikut pelbagai genre dan asal tempat. Itu objektif kami. Kami mahu mengumpulkan serata Malaysia untuk bersama dengan kami. Anda juga.
Partisipasi bukan bermakna harus perform. Anda boleh datang dan turut serta, cuma nama je yang takde dalam flyer. Alah, bukan big deal sangat. Lagipun saya tidak berkuasa untuk menentukan pilihan band. Kalau begitu, dah lama Suicide Me Not pun perform sekali.
Harap anda semua faham. Bersemuka 4 mata untuk menyelasaikan masalah adalah bijak. Bukan “lempar batu, sembunyi tangan”
Shahril aka Shin Chan, mewakili subversive : adverts
amacam dd dores? puas hati? benda kecik pun nak perbesar¬?kan…hampeh btol!
diam2 gunung berapi,
lame2 keluar api,
silap jalan masuk perigi,
silap cakap malu diri!
gua lu,
mak lu bini gua,
gua bapak lu,
lu anak gua!
*Kalau tak menyakitkan hati, bukan verbal offense namanya! (p/s: cakap style Hamid Gurkha dalam iklan Tongkat Ali. Haha!).
“terlajak lompat jauh perginya tapi terlajak taip buruk padahnye”,hahaha… nampaknya aku yakin dengan kesilapan aku. maka dengan ini aku ingin meminta jutaan maaf. actually aku pun tak tahu prosedur untuk band yang main gig ni… tak tahu pula kena kontek… aku just musykil nape ada band yang kata main tapi x de dlm flyers… aku pun tak de niat nak singgung atau nak kutuk mana¬? pihak… tapi mungkin ayat aku ni menimbulkan kontroversi… ye la..aku tau silap aku dan aku dengan bangganya memohon maaf… harap korang tak amik hati… especially pada organiser… i really didn’t meant it!
alrite. Tiada konflik, ok. Kami dan geng intifada juga bukannya tidak kenal, malahan adalah geng2 sepermainan dan sehardcore punk dari dulu lagi. Kami kenal mereka dan mereka juga sangat kenal kami. Harap tiada mana2 pihak perbesarkan benda ini. Terima kasih.
sorry guys, this got not’in 2 do with whatver u guys doing but is anyone happens 2 know any graffiti artist in jb. i want johorian talent 4 my town park project. if u guys have contact, feel free to send it to my email, k. any attention is much appreciated. thanks. anyway, what is this all about…….i don’t get it…..