Saturday, 1st May 2010: Frinjan May Day!
Pekan Frinjan sudah memasuki edisi kesebelas dan bersempena dengan Hari Pekerja, kami meraikannya dengan menjadikan ‘kolar biru’ sebagai tema untuk merayakan perjuangan kelas pekerja.
Maka dengan itu, kami dengan berbesar hati menjemput anda ke Pekan Frinjan XI pada 1hb Mei 2010, hari Sabtu, jam 5.00 petang sehingga 12 tengah malam bertempat di Laman Menara Jam, Dataran Shah Alam, Selangor
Pemuisi dan pemuzik yang akan membuat persembahan;
1. Ben’s Bitches | here
2. Popkonspirasy | here
3. Iqbal M | here
4. Ainul Aishah & Mohd. Jayzuan | here
5. J-Dee | here
6. Negarakus | here
& BUKA KOLEKTIF
‘Buka Mata!’ dari Kolektif Buka menampilkan
1. Wong Eng Leong
2. Aisyah Baharuddin
3. Alina Abdullah
4. Fared Ayam
5. Intan Rafiza
6. Elaine Foster
7. Lanimal Bringittogether
Gerai-gerai jualan buku, t-shirt dan barang-barang seni lain dari penggerai anak-anak muda juga akan turut memeriahkan suasana dari jam 5 petang
SEMUA ACARA ADALAH PERCUMA!
Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok independen bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan. Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.
Sokongan pihak tuan dalam menjayakan usaha ini amatlah dialu-alukan, dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
012 682 8058 : Alina Abdullah 012 308 3804 : Zulhabri Supian
atau emel ke frinjan // at // gmail.com atau frinjan // at // tourismselangor
Acara ini dianjurkan oleh kumpulan Frinjan dengan sokongan dari Tourism Selangor dan turut dibantu oleh MBSA dan dipangku Republik Anak Muda (RAM)
frinjan.net | myspace.com/frinjan