Rahmat Haron: Dia Sasterawan Rakyat, bukan lagi Sasterawan Negara!
Dia Sasterawan Rakyat, bukan lagi Sasterawan Negara!
oleh Rahmat Haron
“Saya sekarang mantan Sasterawan Negara,” tutur A. Samad Said. Syahdu. Itulah satu kata buat menjelaskan suasana petang Sabtu itu. Secepatnya acara baca puisi “Kata-kata” di Galeri R.A, Kuala Lumpur bertumpu dengan kenyataan keras pengarang ternama itu. Dia pengarang terakhir dijemput mempersembahkan karyanya. Segala persembahan lain, tiba-tiba tenggelam dengan kata-katanya. Aku yang pada mulanya tergelak terbahak dengan persembahan lagu Hannah T dendangan Tan Sei Hon yang penuh lelucon terus sebak dan marah mendengar kenyataan pengarang novel Salina itu.
Dia membuat kenyataan tersebut sebagai maklum balas terhadap isu buku teks baru untuk komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) bagi sekolah menengah yang dijangka guna tahun 2010 nanti.
“Tindakan tidak menyenaraikan karya SN dan penerima serta pemenang anugerah untuk buku teks yang baru kerana Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran, mendapati sebahagian teks sedia ada berat dan tidak sesuai untuk pelajar.” Begitu lapor akhbar Berita Harian 12 Januari 2008 lalu.
“PKK yang menyelenggara Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar difahami pelajar. Justeru mereka mencari penulis popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat mereka dalam Komsas,” lapor akhbar itu lagi.
Antara penulis yang bakal menggantikan teks sastera Melayu ialah Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar. Menjadi hak mereka untuk menulis. Tetapi tak dapat aku menerima hakikat jika novel-novel seperti Budak Setan, Budak Rap dan Cinta Tiga Hari karya Ahadiat diangkat sebagai teks sastera untuk dipelajari di sekolah-sekolah.
Tak ada apa lagi yang aku mampu katakan lagi melainkan bebal, bingai, bodoh, sial dan banal! Beginilah cara orang bodoh mengaut keuntungan dengan rasuah dan penyelewengan kuasa. A. Samad Said yang mesra dengan gelaran Pak Samad kini bukan lagi sasterawan Negara, dia adalah Sasterawan Rakyat!
REAKSI PAK SAMAD:
Kenyataan Sekretariat Bertindak Anak Muda Malaysia (SAMA):
Tolak membudayakan kebodohan
– Novel popular Ahadiat Akashah akan jadi teks sekolah, tiada karya SN tersenarai
Sekretariat Bertindak Anak Muda Malaysia (SAMA) cukup prihatin dengan perkembangan terkini berkaitan dengan pendidikan negara. Keputusan Kementerian Pelajaran untuk tidak menyenaraikan sebarang karya Sasterawan Negara(SN) sebagai buku teks sastera bagi sekolah menengah pada tahun 2010 adalah amat mendukacitakan. Ia tragedi terbaru tanah air setelah kerajaan barisan nasional pimpinan mertua khairy jamaludin menghapuskan pendidikan bahasa ibunda Melayu dalam matapelajaran sains dan matematik.
Pusat Perkembangan Kurikulum(PKK) Kementerian Pelajaran membuktikan betapa dungu dan bingainya pemikiran mereka bilamana memberikan alasan maha bodoh bagi menolak karya SN warisan berharga untuk dipelajari di sekolah-sekolah. PKK yang menyelenggara Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar difahami pelajar. Justeru mereka mencari penulis popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat para pelajar. Antara penulis yang karya mereka termasuk dalam senarai baru itu ialah Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar.
SAMA tidak dapat menerima hakikat novel-novel Ahadiat Akashah seperti Budak Setan, Budak Rap dan Cinta Tiga Hari akan menjadi rujukan para pelajar bagi pembelajaran sastera. Novel dan karya seperti ini tidak mengandung apa-apa nilai kesusasteraan, kemanusian dan pemikiran. Ia tidak lebih daripada sekadar hanya cerita cinta remaja yang cukup ringan dan kosong pemikirannya. Seperti langit dengan bumi jika mahu membandingkan karya-karya Usman Awang dengan penulis seperti Ahadiat Akashah ini.
SAMA melihat tindakan ini sebagai usaha untuk membudayakan kebodohan dalam masyarakat. Pak imam hadhari yang masih tidur dibuai mimpi kuasa dan harta mahu rakyat Malaysia bodoh seperti dirinya. Pemerintah mahu rakyat tidak menyoal dan berfikir. Maka dengan itu lebih mudahlah kerja-kerja perasuah-perasuah untuk merompak dan menindas rakyat jelata.
SAMA juga melihat unsur rasuah dan penyelewengan kuasa dalam hal ini. Siapakah yang akan mendapat keuntungan bagi mencetak sekitar 200, 000 hingga 300, 000 naskhah bagi seorang pengarang yang baru tersenarai itu? Jikalau ada 12 pengarang baru., berapa banyakkah keuntungan yang dikaut hasil kegiatan pembodohan ini? SAMA tidak mahu generasi akan datang miskin ilmu pengetahuan. Justeru SAMA menolak budaya yang memiskinkan ini. Tolak membudayakan kebodohan!
Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMA)
mari sama-sama kita sebarkan berita malang ini.
Selamatkan Sastera Malaysia!
ada betul jugak apa yang PKK buat, mcm apa yang kita tau, budaya membaca dikalangan remaja di malaysia ni tak sampai tahap macam remaja barat yang pada umur 16 tahun dah baca karangan karyawan agung seperti Elbert Hubbard, Dan Brown, dll.
maybe buat masa sekarang kita boleh pupuk budaya membaca remaja dengan novel-novel dari penulis berbakat seperti Hizairi Othman, Faisal Tehrani yang banyak menulis novel bermutu berbentuk remaja.
Bagus2 satu lagi langkah mundur ke belakang untuk membodohkan minda pelajar…Jikalau tahun 80an kita mengambil karya2 besar dari Indonesia seperti Keluarga Gerilya dan Gadis Pantai tulisan Promoedya Ananta Toer sebagai teks sastera sekolah menengah sebelum digantikan karya sasterawan malaysia, kini kita nak memperkenalkan karya2 novel ala ‘mi segera’ sebagai teks pelajar.
Jangankan Pramoedya, suatu hari nanti pelajar kita sudah tak kenal sesiapa lagi nama sasterawan tempatan…
novel tu paling bodoh aku pernah baca dulu dan aku menyesal baca dan aku rasa nak bunuh diri sebab terbaca.
elok lah bagi budak-budak tu baca benda yang tak mengembangkan minda.
anjakan paradigma konon. tahi.
Isu ini pernah dibangkitkan oleh beberapa blogger (cth bukunota.blogspot.com ). Sayang sekali SN kita tidak dihargai. Alasan karya mereka susah difahami adalah tidak masuk akal.
‘Innalillahi wa innalillahi rodjiun!’…telah meninggal dunia dengan paksa karya-karya Sastra Malaysia…
xbleh blah lansung..
karya faisal tehrani memang berkualiti… tapi kalau ahadiat akashah…. tak tau nak cakap apa dah…kenapalah penulis seperti itu yang dipilih?
kenapa terlalu bodoh menilai nilai sastera? Hmm.
Ahadiat Akashah = Poseur chumps cum unintelligent-brat an assholes mainstream fuk-up writer!
Kementerian Pendidikan = My ass! (as being labeled by my 2nd brother, he’s teaching the government school in Setapak as well)
Damn man, come on, it’s enough for those stupid malay-oriented government with some fuk-up chinese businessman counterparts to guide our life, this land, the sea, the river, those mountain, those harmony life in rural jungle based on their profitable manner! They need to be stopped from destroying our land and life happiness. This is 2010 so we need to wake up and smells their death!
Say, fuk ’em up yo! (I bet I’m rapping harder than Ahadiat fuk-up Akashah, yo!) 🙂
Duh, kenapalah bodoh sangat orang2 di negara ini, termasuklah bapak aku sekali (mungkin bijak jugak, tapi bijak mengencing lah!), bacalah ni betapa syok dan mewahnya hidup keparat-keparat bangsat kat atas yang berkuasa di negara ini:-
KDSB tells why it did not bill Tee Keat for use of jets
PETALING JAYA (Aug 13, 2009): Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) deputy CEO Datuk Faizal Abdullah said today the company did not bill Transport Minister Datuk Seri Ong Tee Keat for the use of its private jets because the company does not have the licence to charter planes.
He said the planes were “given on loan” to Ong when “his officers” requested rides from the company, and Ong should ask the company for the bill instead.
“If we were in the chartering business, then we can give him the bills, but we’re not,” Faizal at a press conference.
“Why should there be a bill? Ong used it (the private jet) and admitted he’s not using it for free, so (he should) pay. We have paid all the fuel, landing charges and crew charges.
“I don’t want to give a bill to him. It’s up to him to pay. Ask him to write to us and we’ll tell him the reimbursement cost that he should pay us,” he said. adding that other politicians have also used the jets, but he declined to reveal their names.
Anda semua judge lah sendiri betapa liciknya kerjasama melayu-cine kat atas tu membolot segala harta benda dari negara ini. Sudah terang-terangan mereka hidup dengan segala kemewahan! Apa diorang ingat kita ni second class citizen ke?? Babi punya kerajaan! Pukimak punya politician! Sial punya businessman!
kalau nak ditukar biarlah degan yang bermutu sepert faizal tehrani.
bukan nya mereka yg tidak menggunakan bahasa melayu tinggi.
jika nak gunakan bahasa melayu rendah rasanya murid-murid tidak perlu novel-novel seperti mereka yang terpilih kerana murid-murid itu sendiri lebih mahir menggunakan bahasa melayu rendah tanpa diajar.
tujuan kita untuk mereka menggunakan bahasa melayu yang tinggi dan bermutu. disamping mencintai karya-karya yang bermutu agar mereka dapat menghasilkan mutu yang sama dalam karya mereka dan hidup mereka.