• webstore-CDEP-page-image-01
  • webstore-CDEP-page-image-02
  • webstore-CDEP-page-image-03
  • webstore-CDEP-page-image-04
  • webstore-CDEP-page-image-05
1

CARBURETOR DUNG - Songs For Friends Revisited EP1 CD (READYSTOCK!)

Regular price
RM 45.00
Regular price
RM 0.00
Sale price
RM 45.00

CARBURETOR DUNG | Songs For Friends Revisited EP1 CDEP
(Ricecooker Recordings/Sonic Asylum Records Publishing, 2024)

1. Don't Know (#fkkkisrahell)
2. Slam Safe Today (II)
3. Carburetor Dance (II)
4. Jump Down Lemonade (II)

Format: Digipak Compact Disc, with lyrics & details on sleeves.


AVAILABLE FOR WHOLESALE | KLIK SINI UTK PERTANYAAN


sejumlah CD ini ada dalam stock, so tak perlu tunggu pre-order, tapi memang bilangan yang ada terhad. sekiranya anda order CD ini dengan barangan pre-order, kami akan tunggu barang pre-order siap dulu baru kami hantar sekali gus. kalau anda order CD ini sahaja, kami akan hantar secepat mungkin. terima kasih. 


OVERSEAS ORDERS - Due to the high cost and the usual complications with overseas post, please contact us first by clicking on this link: CONTACT <-- we'll sort it out for you. 


Sekias Latarbelakang

Album pertama Caburetor Dung "Songs For Friends" keluar dibawah label Valentine Sound Productions pada hujung tahun 1993. Tahun 2023 merupakan anniversary yang ke-30, hasrat untuk kami keluarkan balik album tersebut terbantut disebabkan oleh pemindahan hak milik rakaman oleh VSP kepada EMI sekitar pertengahan dekad 2000an. Penjualan hak ini dibuat tanpa pengetahuan atau persetujuan Carburetor Dung sendiri. 

Walaupun hak rakaman itu sudah terlepas, hak lagu-lagu asal masih berada ditangan kami. Pada akhir tahun lepas (2023) kita mula berikhtiar untuk merakam semula lagu-lagu tersebut, dan EP1 ini adalah hasilnya yang pertama. Ada tiga lagi EP yang akan menyusul.

Rakaman dan pengeluaran semula semua 14 lagu-lagu dari SFF ini dijalankan secara berperingkat. Ini penangan faktor biasa band mandiri seperti Dung – kekurangan dana dan juga kesuntukan masa untuk merakam kesemua 14 lagu sekali gus. Payah! Apabila kita sudah melangkaui zaman berprofesyen kutu lepak sepenuh masa dan mula menanggung pelbagai tanggungjawab yang harus diutamakan, masa dan juga semangat amatlah "precious" serta jarang timbul.

Proses rakaman dan pembikinan juga bukannya mudah/murah, dengan itu kami ingin ucapkan terima kasih kepada kalian semua yang telah menghulur tangan dengan pembelian CDs, tapes dan juga baju-baju yang kami mula jalankan semenjak akhir tahun lepas. Amatlah membantu untuk kami untuk teruskan dan siapkan projek yang masih panjang perjalanannya ini.

Seperti apa yang tertera didalam sampul CD ini, projek Songs For Friends Revisited ini bukanlah pengganti untuk album asal. Jauh sekali. Bagi kami ini adalah satu penghormatan atau lebih tepat sebagai "tribute" dari kami sendiri; dimana secara sementara, kami pandang-belakang dan cuba menggambarkan bagaimana kalau lagu-lagu lama tersebut kita colek dan lepaskan dizaman sekarang. Hasilnya, ada lagu-lagu asal yang telah kami "punahkan" atau "perbaikkan" (mengikut citarasa masing-masing lah; subjektif amat!), dan ada juga yang kami kekalkan tanpa tokok-tambah atau potong-sunat. 

Kami harap ada yang akan enjois!

Terima kasih semua!

Carburetor Dung