O-Wern Low: Douches, Morons and One-Dimensional Malaysians

Joe

Joe hoards and shares.

6 Responses

  1. fahmi reza says:

    sampai bila kita nak tipu diri sendiri?

    kewujudan pilihanraya di Malaysia hanyalah sebuah ritual untuk bagi legitimasi pada kedudukan kerajaan pemerintah UMNO/BN.

    tak lebih dari satu sandiwara untuk bagi validasi dan “menghalalkan” autoriti rejim pemerintah – untuk yakinkan si bijak pandai bahawa “demokrasi” wujud di Malaysia.

    “ini negara demokrasi. kita ada pilihanraya. rakyat bebas untuk memilih pemimpin mereka. kalau kamu tak suka dengan cara kerajaan UMNO/BN memerintah, kamu bebas untuk undi pembangkang dalam pilihanraya nanti.”

    hampir setiap menteri dalam kerajaan kata benda yang sama. pembohongan yang yang mereka beritahu kita, dan yang kita beritahu diri kita setiap kali kita tak puas hati dengan kerajaan dan “wakil rakyat” kita.

    sebenarnya kewujudan parti pembangkang hanya mengukuhkan legitimasi mereka. sebab kalau tak ada pembangkang, tak ada contest. tak ada contest, tak perlu pilihanraya. tak ada pilihanraya, tak “demokrasi” lah. alamak.

    pilihanraya di Malaysia tak menjamin demokrasi, hanya memberi ilusi demokrasi.

    demokrasi perwakilan atau “representative democracy” yang diguna-pakai di Malaysia sebenarnya tak boleh pakai. “wakil rakyat” yang kamu lantik setiap pilihanraya yang kononnya bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan kamu dan berkhidmat untuk komuniti kamu, hanya bertanggungjawab dan berkhidmat untuk “parti” masing-masing. sepanjang 5 tahun sebagai “wakil” kamu, mereka sering buat keputusan ikut selera “parti” dan bukan ikut kehendak komuniti kamu. tapi kita masih mengundi sebab ini saja “demokrasi” yang kita ada.

    aku setuju kita tak patut biar kerajaan bergelimpangan dengan terlalu banyak kuasa. tapi penyelesaiannya bukan dengan beri kuasa tu pada pembangkang. kita sebagai rakyat yang patutnya ambil semula kuasa tu.

    habis kalau bukan demokrasi perwakilan nak pakai sistem demokrasi apa? jawapannya demokrasi terus atau “direct democracy”. google-lah untuk pengertian dan contoh2. mari kita mengundi untuk “direct democracy” boleh tak?

    kembali tentang pilihanraya 8 Mac esok, kalau kita dah tahu “the outcome is predictable” dan “BN will ride back into parliament with a two-thirds majority”, the question is not “why the hell are you still choosing BN over PAS”. the real question is WHY THE HELL ARE YOU STILL VOTING IN THIS ELECTION?

    vote for direct democracy!

  2. fahmi reza says:

    perumpamaan sukan:

    katakan kita nak pegi tengok bola. ada 2 pasukan. pasukan “biru” lawan pasukan “kuning”. pasukan “biru” main kotor, tak bersih lah. stadium dia punya. referee dan linesman pun orang dia. penonton dan penyokong pun banyak yang dia bayar untuk datang beri sokongan. peraturan permainan dia yang tulis dan dia ubah ikut suka dia. kita dah boleh ramal pasukan “biru” pasti akan menang besar punya walaupun pasukan “kuning” ada ramai pemain handalan yang banyak skill. sebelum ni dah ada 11 match, dan pasukan “biru” menang setiap perlawanan sebab dia main kotor. tapi kita masih nak pegi tengok permainan ni dan sokong pasukan “kuning” dengan harapan mereka boleh score 1 atau 2 gol, walaupun kita tahu mereka gerenti kalah.

    kita siap cuba nak ubah peraturan supaya jadi lebih adil untuk pasukan “kuning”. tapi hakikatnya walau macam mana kita ubah peraturan, kita masih akan stuck sebagai penonton dan tak akan boleh main sekali. hanya 22 orang dari pasukan “biru” dan pasukan “kuning” saja yang boleh main. tapi kita tetap stick dengan sukan bola sebab kita tak pernah try main sukan lain atau tahu wujud pun sukan lain. sukan lain dimana kita semua boleh turun padang dan main sekali – bukan sekadar jadi penonton saja. wujud ke sukan lain ni? atau kita akan stuck tengok bola sampai bila2?

  3. Joe Kidd says:

    Man! I love google!

    en.wikipedia.org/wiki/Direct_democracy

    en.wikipedia.org/wiki/Representative_democracy

    I think you answered your own question Fahmi, “tapi kita masih mengundi sebab ini saja ‚Äúdemokrasi‚Äù yang kita ada.”, quotation marks emphasised lah.

    It’s like “okay, lets try this anyway” despite all the nagging “alamaks”. Some people will try anything, even if it would compromise a certain “revolutionary” stand, or even betray their very own judgement.

  4. lori says:

    aaahh just cut n paste from kawan aku punya manifesto for this PRU08..

    Hadirin Sekalian,

    Dengan mandat yang telah diberikan kepada saya utk bertanding bagi kerusi dewan parlimen bagi P005 Jerlun dan bersama2 menentang Exco Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan AJK PAS Pusat Idris Ahmad. dengan penuh ketulusan hati dan selepas hasil darap menggunakan kalkulator saintifik serta buku sifir edisi ke 12 dengan berbesar hatinya ingin mengemukakan beberapa perkara, yang mana berikut merupakan janji-janji manis saya jika saya memenangi kerusi P005 Jerlun.

    1) Menghapuskan Tol di lebuhraya PLUS dan Tol Sunway serta tol putrajaya – kl. dan akan menghidupkan kemudahan tol ini di jalan2 kampung termasuklah jalan2 ke masjid, jalan2 ke kebun dan ke sawah bagi petani, tol di denai2 berhampiran bagi pemburu serta mengadakan kutipan cukai secara terus di ladang2 getah dan kelapa sawit bagi menyeimbangi kutipan tol yg telah saya lupuskan di lebuhraya itu.

    Read more… or Read more right here… »

    2) Harga minyak akan diturunkan sebanyak 75%. dan jalan masuk dan keluar ke stesen minyak juga akan diletakkan kemudahan awam yg biasa kita lihat iaitu tol.ini kerana rakyat tidak suka harga minyak yang tinggi lalu saya berjanji utk menurunkannya dan digantikan dengan tol.

    3) Kelima2 koridor yg sudah pun dirasmikan akan ditambah satu lagi bangunan yang penuh dengan insfrastuktur dan prasarana yang di jamin akan mengembirakan rakyat. satu bangunan sebagai bilik tidor akan di bina dan mungkin dijadikan medan utk para petani berehat serta tidor sementara menunggu padi sudah masak. mana kala pada sebelah petangnya kanak2 boleh bermain futsal atau badminton di dewan yang sudah kami sediakan. Perkembangan teknologi tidak akan dilupakan kepada semua rakyat am nya. Applikasi counter strike dan dota akan diinstall dan diberikan percuma kepada pengunjung koridor utara khasnya. utk menyekat penggunaan atau pelayaran web lucah saya akan menjalankan kempen ALT+F4.

    4) Pelan Pembangunan yg telah dikemukakan meneliputi 3 program iaitu ekonomi, pendidikan dan Infrastruktur. dan saya akan menambahkan lagi plan ini supaya ia nya tidaklah terhad kepada pengkilangan kerepek pisang dan pembuatan baulu kepada suri rumah tangga sahaja. tapi akan membina kelab malam,kelab karaoke dan kelab snooker bagi mengcungkil bakat2 sejati dan terpendam dalam sanubari anak2 muda jerlun. ini juga bagi meramaikan lagi artis2 dan peserta AF atau OIAM malahan raja lawak skalipun dengan adanya pusat2 sebegini. ekonomi ekonomi jugak.. sonok2 gak kan?

    5) Menurut kerajaan pusat. sebanyak RM9bil telah dibelanjakan dalam bentuk subsidi kepada baja, tol jalanraya hingga baucar tuisyen pada 2007. walaupun tol itu kerajaan pusat sendiri yang buat.. tapi kerajaan juga akan bagi subsidi kerana mereka ada banyak kertas yang tidak digunakan.. jadi dengan kempen kerajaan iaitu “ubah cara hidup” ekoran dari harga barang yg naik ini.. saya akan mensyorkan kepada kerajaan utk mengharamkan penggunaan motorsikal dan motorkar di kawasan saya kerana ia melibatkan penggunaan bahan mentah yang banyak dan gaya hidup itu perlu ditukar kan? so marilah ramai2 menggunakan basikal. tidak perlu memakan tepung, minyak dan gula kerana itu menyebabkan kita kencing manis dan menjadi gemok gedempon. jadi marilah sama2 meminum air suam dan makan beras sahaja kerana jerlun banyak beras.

    6) projek jalanraya di hadapan rumah pangah akan dilanjutkan lagi selama 5 tahun berbanding 3 tahun sebelum ini. ini utk memberi peluang para petani utk menanam sayuran dan jagung di tepi jalan itu sehinggalah hasilnya dituai. dan lalang2 yang tumbuh di tepi tepi paip serta kon jalan akan secara otomatiknya akan ditebas oleh penanam sayur bagi menjalankan aktiviti mereka. ini juga utk mengurangkan kesesakkan dan menghindari anak2 muda dari merempit dikawasan itu..

    7) rumah2 rakyat yg tidak mendapat bekalan air atau elektrik akan juga diberi subsidi berbentuk baucar dari astro utk memasang antena astro di rumah mereka. ujikaji memasang antena astro pada atap rumbia sudah dijalankan denga suksess sekali jadi ini tidaklah menjadi masalah kepada rakyat utk menikmati rancangan2 yang hebat seperti AF dan CSI atau pun HBO di channel 411. utk menjana tenaga elektrik bagi mensuiskan astro itu, kerajaan akan membekalkan generator 3 rumah satu bagi penjimatan kos. dan utk pembelian tv pula.. kot momet akan dibuka berdekatan dengan kediaman anda.. jadi jangan berlengah lagi.. potostat ic depan belakang 2 keping dan bersedialah utk berhutang!!!

    8 ) semua ahli jawatankuasa dari majlis tertinggi hinggalah ke makcik cleaner dan abg kantin akan ditukar kepada yg lebih kacak dan jelita persis model lagaknya. dengan mekap setebal 2 inci di muka.. nah!!! siapa lagi dapat menafikan yang tidak boleh manjadi kacak apabila berpolitik. poster2 saya juga sudah pun dihiasi dengan muka2 comel dan mengetarkan jiwa biarpun mereka cuma pas pmr sahaja. tidak mengapalah.. kebernasan dan kewibawaan tidak dapat diukur dengan kebolehan menambah darap atau menjawab soalan sejarah tingkatan 5 semata2.. tapi kepimpinan itu yg penting.. kerana.. kejelitaan adalah hak milik setiap insan.

    9) Isu hiburan, personality dan perindustrian perfileman dan sinetron tidak dilupakan. dengan kebijaksanaan anak muda membuat video amatur sendiri harus dipuji dan dipandang serius untuk membawa mereka ke kancah hiburan tanahair. bukan sahaja anak muda, malahan para menteri juga turut sama berganding bahu demi untuk mempercemerlangkan industri video amatur malaysia ini. jadi saya akan menubuhkan satu jawatankuasa dan satu rang undang2 utk mengalu2kan pengambilan video amatur diteruskan dan dimasukan kedalam silibus tingkatan 3 dengan kod mata pelajaran 3GP5555 yang membawa 5 mata kredit beseerta 3 kali ujian serta satu ujian akhir bagi menentukan siapa yg bakal memegang tampuk tertinggi presiden persatuan ini.

    10) Dalam banyak2 ni.. ini merupakan adalah salah satu benda yang serius dan sumpah sy akan jalankan klu sy betul2 menang pilihanraya kali ini. para gadis2, makcik2, nenek2 atau anak dara yang cun atau tidak cun, yg hina atau mulia, yg bijak atau bodoh.. diharamkan dari menunggang apa2 kenderaan sekalipun.. berjalan kaki pun memerlukan lesen dari kerajaan dan ada test L dan P utk mendapat lesen berjaya. kerana kita sudah terlampau disogokkan dengan cerita charlie’s angel dan Herbie Fully Loaded sehingga mereka terlupa utk memusingkan stering dengan sempurna. jadi kaum wanita diharamkan utk memandu dijalan raya. jika nk bawak juga.. bawak 50sen 2 keping pegi kat klcc. ada gajah berstereng dan lagu twinkel2 utk dipandu. (kanak kanak sila pandu dibawah pengawasan org dewasa).

    itulah saja antara kesimpulan dari kertas manifesto saya yg setebal 23 muka surat ini. sesiapa yang menjadi barua saya.. saya berjanji!!! akan memberikan kesengana duniawi kepada anda. projek2 juta2? uwang? wanita? sher? kad topap? penanda buku? semuanya buleh.. tapi harilah selalu mengipas bontot saya utk kesenangan anda ya? help me to help you..

  5. yes joe why don’t we try it…and now we made it…at least they already lost their “KUBU KUAT”…and i made it to turn some of my friend…heheh berpaling tadah pada saat akhir…huhuhu…yg penting jgn bagi depa ni duk senang hati…

Leave a Reply