Hishamuddin Rais: Penswastaan Ambulans
PENSWASTAAN AMBULANS
oleh Hishamuddin Rais
Saya terperanjat apabila membaca laporan berita tentang langkah kerajaan menswastakan perkhidmatan ambulans untuk warga. Saya memiliki pandangan yang amat kritikal terhadap dasar penswataan ini. Saya menganggap ada beberapa bidang ekonomi yang perlu diharam dari diswastakan.
Saya sengaja menggunakan perkataan “haram” untuk memberikan konotasi agama di sini. Peristilahan haram ini juga saya gunakan untuk menekan tentang kewujudan beberapa bidang ekonomi atau punca-punca pengeluaran ekonomi yang wajib diharamkan dari dijadikan harta pribadi atau harta persendirian. Ini kerana akhir-akhir ini kelihatan semakin rancak para politikus dari semua parti yang membuka hujah politik bersandarkan agama.
Untuk saya, air, api, sistem pengakutan awam atau segala bentuk industri utiliti yang bersangkutan dengan asas kehidupan wajib terus menjadi milik orang ramai bukan milik syarikat atau harta persendirian. Harta-harta dan punca-punca ekonomi yang asas wajib dimiliki bersama kerana jikan dibolot oleh syarikat atau individu maka berkemungkinan melahirkan perebutan punca kehidupan yang henti-henti.
Saya berada di kota London, ketika Margaret Thatcher Perdana Menteri Britain mengajukan dasar penswataan. Saya mengikuti segala taktik licik yang dijalankan oleh Parti Konservatif Britain untuk mengembangkan dasar penswataan ini. Parti Konservatif di bawah pimpinan Thatcher telah mengambil dasar anti kaum buruh dan anti kaum pekerja. Ini muncul dari pengalaman kerajaan Konservatif Edwarad Heath yang telah tewas apabila berhadapan dengan mogok buruh pelombong arang batu pada tahun 1974. Dasar penswataan akan mematahkan kekuataan kesatuan buruh.
Penswastaan jenis Thatcher ini bukan mudah untuk untuk dilakukan dan diterima rakyat di dalam sebuah negara terbuka yang mengamalkan sistem demokrasi. Hujah utama yang ditaburkan untuk mengolah persertujuan rakyat ialah :
– punca-punca ekonomi yang dimiliki oleh negara telah menjadi lembap dan tidak dapat bersaing dengan ekonomi dunia
– harta-harta milik negara ini telah membebankan negara (baca orang ramai)
– hanya pihak swasta yang akan dapat menguruskan ekonomi dengan lebih baik- ekonomi terbuka akan memperbanyakan peluang perniagaan
– dengan menjualkan harta negara maka bermakna rakyat berpeluang memiliki banyak harta-harta tersebut
Hujah-hujah ini disebarkan untuk memikat hati rakyat. Perdebatan dan penentangan cukup hebat. Tetapi akhirnya British Telecom, British Gas, British Airline, British Petroleum, semuanya diswastakan untuk dijual dipasaran bebas. Hasilnya pada akhir-akhir tahun 80an hingga pertengahan 90an ekonomi Britain berkembang pesat untuk satu ketika sebelum semuanya merundum kembali.
Tetapi ada sesuatu yang tidak berani di usik oleh Thatcher: sistem perubatan nasional atau National Health Serrtvice (NHS). Memang ada percubaan untuk menswastakan sistem perubatan ini tetapi tentangan dari orang ramai cukup hebat. Akhirnya hingga ke hari ini sistem NHS ini masih dimiliki oleh rakyat tanpa dimiliki oleh individu atau syarikat multinasional.
Dasar penswastaan dalam negara kita ini juga telah juga membontoti dasar Thatcher. Tetapi apa yang berlaku di Britain cukup berbeza dengan apa yang berlaku di negara kita ini. Penswastaan didalam negara kita ini adalah langkah kerajaan untuk mengagihkan kekayaan negara kepada Bumiputera. Didalam dasar ini tidak wujud janji-janji ketelusan. Atau janji-janji untuk melahirkan satu bentuk pentabiran yang cekap dan berkualiti berbanding dengan pentabiran ketika syarikat-syarikat ini dibawah tangan kerajaan.
Di Britain, ketika British Telecom diswastakan, syarikat ini telah berjanji bahawa panggilan talipon dalam pentabiran yang baru ini akan dijawab pantas dan tidak akan melintasi tiga bunyi deringan. Janji ini telah ditepati. Jika kurang percaya sila talipon British Telecom untuk mendapatkan apa-apa maklumat. Sebelum deringan ketiga selesai pasti akan ada jawapan dari manusia dan bukan oleh injin atau mesin suara.
Ini bezanya pensawatan dalam negara yang telus dan demokratik berbanding dengan penswataan yang dijalan dalam negara dunia ketiga seperti Malaysia. Didalam negara dunia ketika penswastaan hanyalah kata-kata manis untuk syarikat-syarikat kroni merompak dan membolot harta negara.
Dalam kes sistem perubatan NHS, perdebatan telah berlaku dimana telah ditunjukkan bagaimana sesebuah kerajaan yang adil wajib mengambil tanggung jawab untuk menguruskan kesihatan dan kebajikan rakyat. Dasar ini bukan bersandarkan agama. Ini dasar pentabiran sekular. Dasar ini adalah dasar kemanusiaan dimana mendapat rawatan perubatan adalah hak warga tanpa mengira kekayaan atau kelas.
Britain juga tidak pernah mengakui bahawa negara mereka sebuah negara Kristian, atau negara Protestant atau negara Gereja England. Kerajaan Britain menjalankan dasar sekular yang tidak bersandarkan agama. Kelihatan dasar sekular yang berlandaskan kemanusiaan ( dalam hal kesihatan/perubatan) lebih baik berbanding dengan dasar Malaysia yang cuba mengakui sebagai negara yang bersandarkan lunas-lunas kesucian agama.
Pelbagai persatuan yang bersangkutan dengan kesihatahn awam dan perubatan telah menentang percubaan Thather untuk menswastakan sistem perubatan negara. Ini amat berbeza dari apa yang berlaku terhadap cita-cita kerajaan untuk menswastakan ambulans. Dari laporan akhbar, warga diberitahu bahawa cadangan untuk menswastakan ambulans ini hanya diterima oleh Unit Perancangan Ekonomi pada bulan Julai lalu.
Justeru, tidak terdapat apa-apa bentuk perbincangan atau pandangan meluas tentang cita-cita menswastakan salah satu cabang rawatan kesihatan ini. Malah berita “penswastaan” ini hanya di keluarkan oleh menteri kesihatan ketika parlimen sudah berhenti rehat. Apakah ini satu taktik agar penswastaan ini dapat dilakukan dengan cepat tanpa ganguan. Seharusnya ajenda tentang kesihatan warga ini wajib ditimbulkan di parlimen dan dibincangkan seluas mungkin.
“Perkhidmatan ambulans memang masalah besar bagi kami khususnya kerana kekurangan kakitangan terlatih dan sikap pemandu. Apabila ambulans baru dibeli, selepas empat tahun ia sudah rosak kerana penggunaannya tidak memuaskan.”
“Jadi, kementerian berpendapat lebih baik sewa atau guna ambulans yang dikendalikan swasta” Dr Chua berkata masalah perkhidmatan ambulans di negara ini yang dikatakan tidak memuaskan kerana sering tiba lewat, tidak lengkap dan lembap.
Diatas adalah petikan laporan yang saya pungut dari sebuah akhabar pada hari Rabu 27.9.2006 yang lalu.
Dari apa yang saya baca hujah menswastakan ambulan ini cukup lekeh. Malah saya berasa segan kerana menteri ini seorang doktor yang pasti tahu bahawa tugas utama perubatan ialah memberi rawatan bukan untuk membuat duit dan mencari keuntungan.
Bayangkan jika ambulans di swastakan, ini bererti jika berlaku kemalangan pekara yang pertama dalam kepala yang sedang sakit ialah apakah dia memiliki duit untuk memanggil ambulans. Malah jika berlaku kemalangan di jalan raya pasti tidak ada orang ramai yang berani memanggil ambulans. Pertanyaan utama dihadapakan kepada si malang yang cedera ini ialah siapa yang akan membayar? Rasa saya dasar penswastaan dalam usaha untuk mengkayakan Bumiputera ini telah sampai ke tahap kegilaan.
Saya akui ada pekara-pekara dan bentuk-bentuk ekonomi yang perlu di swastakan. Contohnya saya baru sahaja pulang dari Pantai Merdeka Kedah. Sayang sekali dipantai ini hanya ada sebuah chalet yang dimiliki oleh Majlis Bandaran Sungai Petani. Pelancung tidak memiliki pilihan walau pun banyak tandas di chalet ini tersumbat dan dipenuhi najis. Untuk saya perniagaan monopoli chalet seperti di Pantai Merdeka ini wajib diswastakan secara telus dan terbuka. Untuk saya perniagaan chalet bukan industri utiliti atau asas ekonomi justeru tidak perlu dimiliki oleh negara.
Dalam laporan akhbar juga kita diberitahu bahawa kita hanya memiliki 10, 000 buah kereta ambulans yang beroperasi diseluruh negara. Warga juga diberitahu bahawa dalam RMK9 nanti 800 buah ambulan akan dibeli. Bayangkan dengan penduduk 25 juta kita hanya memiliki 10, 000 ambulan. Apakah ini tanda sebuah negara yang maju.
Angka 10,000 ini cukup memeranjatkan. Lalu saya terfikir apakah negara kita ini lebih banyak memiliki kereta kebal dari kereta ambulans. Persoalan saya ini tidak dapat saya jawab. Rasa saya jawapan untuk soalan saya ini hanya dapat dijawab jika agenda penswastaan ini dibuka luas bukan hanya di parlimen tetapi untuk seluruh warga.
END.
neo-libelarisme.. kapitalis bangsat..
alasan: meningkatkan servis (?).. ya lah!
dan tak mustahil… oksigen bakal dijual suatu hari nanti sebagai suatu komoditi!
dan mungkin terpaksa membayar 20sen untuk beronani!
menjadikan perkhidmatan kesihatan awam itu sebagai hakmilik rakyat ataupun hakmilik syarikat swasta mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masingyang perlu ditimbangkan…semasa saya duduk di negara britain selama enam bulan sering sahaja mendengar mengenai para pesakit yang kena tunggu sehingga dua tahun atau lebih untuk dapat tempat di hospital ketajaan kerajaan-para pesakit itu tidak mempunyai pilihan dalam hal itu kerna mereka tidak mampu membayar kadar insuran kesihatan yang tinggi setiap bulan-dalam kes-kes penyakit yang serius seperti kanser,barah dan sebagainya ada yang meninggal dunia sebelum sempat berjumpa dengan doktor apatah lagi dapatkan apa-apa rawatan…ini kerna kerajaan sosialis puncuk pimpinan tony blair itu mewujudkan keadaan ekonomik yang memustahilkan sebahagian besar rakyat memperolehi pendapatan yang cukup untuk membayar kadar insuran ataupun membiayai apa-apa rawatan yang perlu…oposit yang ekstrim wujud di negara ini(amerika syarikat)di mana kalau takde insuran,selamat mencuba dapat rawatan-bezanya di sini,kebanyakan rakyat boleh merentas halangan itu samada kerna majikan mereka membekalkan insuran kesihatan(samada yang meliputi seratus peratus kos ataupun sebahagian)ataupun klinik yang menawarkan program -program khas untuk warga yang kurang berkemampuan(seperti hamba yang menulis ini)…walau apa keadaanpun,saya sendiri rasa kurang senang dengan kehadiran kerajaan dalam hal ehwal seharian seperti kesihatan-ini bukan bermakna syarikat -syarikat insuran,perubatan dan apa shaja bidang perubatan perlu mengambil kesempatan untuk ‘mencetak wang’ atas kurang nasib baik saudara semanusia mereka itu…akantetapi dalam hal kerajaan berlandaskan agama lawan kerajaan sekular,saya wajibkata saya setuju dengan pandangan saudara hishamuddin seratus peratus-dalam tahun-tahun yang saya menduduki negeri kelantan yang tersayang itu semasa tahun-tahun pemerintahan pas itu saya tersinggong kerana menyaksikan negeri itu merosot dan merosot tanpa henti-para pemimpin pas itu memang pandai cakap bahasa arab tapi apa guna kemahiran itu dalam mentadbir sebuah negeri yang mempunyai pelbagai kaum-walaupun kelantan dikenal sebagai ‘serambi mekkah’ianya tetap mempunyai kaum -kaum lain seperti orang siam,cina,serta 3 atau 4 jenis orang asli…mereka itu mempunyai masalah dan keinginan yang tersendiri..sekarang cuba bayangkan kalau senario tersebut di kaligandakan tiga belas kali dan kita dapat gambaran kasar seluruh negara malaysia yang agong itu…dalam pendapat saya,agama itu adalah sebuah sikap yang di belajar(learned behavior)manakala kepercayaan adalah sesuatu yang sebati atau tidak sebati dengan jiwa seseorang itu-misalan,kita tak boleh mengajar seseorang ‘percaya’kepada sesebuah ajaran atau doktrin-orang itu terimanya,atau tidak….memdekati diri dengan tuhan dan mentadbir negara adalah dua perkara yang tidak ada kena mengena…mesej yang dibawa oleh para anbiya’ sudah ditapis dan kononnya ‘ditafsirkan’ oleh para ulama yang tidak yakin dengan kebolehan si individu atau rakyat itu untuk membuat tafsiran diikuti keputusan sendiri…mereka (para ulama)meyuap ‘kebenaran’ kepada orang-orang yang malas untuk daptkannya untuk diri mereka sendiri dan mahu disuap-ulama umno juga ulama pas sama bersalah dalam hal ini tapi kita semua juga berkait dan perlu lihat diri sendiri dalam cermin….
ko nie panntat babi sial butuh n pukimak….
knapa ko nie mcm puki sedangkan ko memang puki….