Hishamuddin Rais: Minyak Bulan Ogos 07
MINYAK BULAN OGOS
by Hishamuddin Rais
Pada 30hb Ogos 2005 dahulu harga minyak telah melintasi 80 dolar satu tong. Bulan Ogos 2007 ini nampaknya lonjakan kenaikan harga bahan bakar petrol ini sedang berulang lagi. Semasa saya menulis ini harga minyak telah mencecah 76 dolar satu tong.
Trend ini berlaku kerana beberapa perkara. Musim panas di hemisfera utara menambahkan penggunaan minyak yang tinggi. Lebih banyak kereta-kereta bergerak di jalan raya kerana percutian di musim panas. Penggunaan alat penghawa dingin juga memerlukan pertambahan tenaga bahan bakar ini.
Tetapi ada satu lagi perkara yang masih belum disedari oleh umum atau tidak mahu disedari umum. Perkara ini ialah semakin berkurangnya bahan bakar minyak yang dapat dibeli di pasaran dunia. Inilah sebab utama di mana semenjak tahun 2005 dahulu hingga ke hari ini harga bahan bakar petroleum tidak pernah surut ke bawah 50 dolar setong.
Hari ini penggunaan bahan bakar ini masih lagi di tahap 84 juta (+-) tong sehari. Permintaan tahun demi tahun semakin bertambah. Negara seperti China dan India semakin banyak mengeluarkan kereta untuk ke gunaan domestik. Semua ini memerlukan bahan bakar.
Hari ini statistik menunjukkan di negara China ada 70 buah kereta untuk seribu warga. Di India mungkin sedikit kurang. Manakala di Eropah 680 buah kereta dan di Amerika ada 860 buah kereta untuk 1000 warga. Apa akan terjadi apabila bertambahnya keinginan warga negara China atau India untuk memiliki kereta persendirian.
Pertumbuhan ekonomi di China akan memastikan yang permintaan domestik perlu di selesaikan. Bulan Ogos 2007 ini China telah menjadi negara ke 3 terbesar sebagai pengeluar automobil. China telah menundukkan Jerman. Manakala Amerika dan Jepun masih di tangga teratas. Dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih dari 11% setahun, China hari ini telah berjaya mengeluarkan 7 juta automobil manakala Jerman hanya berjaya mengeluarkan 5.8 juta
China pula bukan negara pengeluar minyak. Pada tahun 2020 telah diramalkan yang China perlu mengimport 60% bahan bakar petroleum untuk keperluan negara. Ini perlu dibeli, dicari dan di gali oleh China di pasaran terbuka dunia. Rentetan pertumbuhan ekonomi seperti ini akan memastikan harga minyak terus naik.
Di dalam kes bahan bakar minyak, ianya tidak dapat di kaji dengan menggunakan teori klasik permintaan-pengeluaran. Biasanya jika banyak pengeluaran maka harga akan merudum. Jika pengeluaran kurang maka harga akan naik. Apabila harga naik ianya akan menjemput bertambahnya pengeluaran. Dalam kes minyak , teori klasik – supply and demand – tidak boleh di pakai. Ini kerana bahan bakar minyak ini akan terus menerus berkurangan tanpa mengikut arus permintaan. Permintaan akan terus bertambah tanpa bertambah pengeluaran.
Agensi-agensi berita pada minggu lalu telah memetik laporan National Petroleum Council Amerika yang menyatakan bahawa pengeluaran minyak di dunia telah merosot 1.2 juta tong sehari berbanding dengan pengeluaran pada bulan Julai 2005. Ini berdasarkan statistik resmi dari pentadbiran George Bush.
Laporan dari NPC ini juga telah mengumpulkan data dari 12 syarikat gergasi minyak dunia yang meramalkan bahawa syarikat-syarikat ini hanya berupaya mengeluarkan minyak sebanyak 105-110 juta tong sehari pada tahun 2030. Jumlah yang diramalkan ini adalah 11% lebih rendah dari 118 juta tong sehari yang diperlukan. Laporan yang akan menakutkan ini telah diterima oleh Setiausaha Tenaga Amerika Samuel Brown.
Satu tahun dahulu negara kita telah merasakan bahang kenaikan harga minyak. Kenaikan ini telah menjadi heboh. Ada yang mengatakan bahawa kenaikan ini tidak patut. Ada yang menuntut agar harga ini di turunkan. Dan ada yang meminta agar subsidi minyak perlu di tambah.
Apabila harga bahan bakar naik bermakna semua harga barang-barang akan naik. Ini kerana minyak adalah bahan asas yang mengerakkan sistem ekonomi. Dalam ekonomi pasaran bebas mengongkong harga akan membawa bencana yang besar. Subsidi juga bukanlah jawapan kepada krisis tenaga yang sedang dan akan kita hadapi ini. Malah subsidi minyak akan menempangkan perjalanan ekonomi.
Cakap-cakap dari pihak kerajaan untuk membawa satu perubahan gaya hidup masih jauh dari dapat di realisasikan. Memang betul saya ternampak ada pertambahan bas-bas di dalam kota Kuala Lumpur. Saya tidak tahu apakah ada juga pertambahan bas-bas pengangkutan awam di pekan dan bandar-bandar lain. Mungkin ada dan mungkin tidak. Ini kerana saya tidak ada terbaca apa-apa laporan tentang hal ini di media.
Dasar penambahan bas awam ini untuk saya adalah langkah yang tepat tetapi hanya langkah sementara. Apa yang diperlukan adalah satu dasar sistem pengangkutan awam yang menyeluruh. Setiap pekan kecil dan kampung perlu dijaringkan oleh sistem pengangkutan awam. Ini untuk menjimatkan kos pengangkutan. Penggunaan kereta persendirian ini adalah perbuatan yang paling tidak ekonomik dan membazir. Pembakaran petrol untuk sebuah kereta dengan seorang pemandu adalah pembaziran. Bahan bakar yang sama- sebuah kereta satu pemandu – boleh mengangkut lima atau enam orang penumpang.
Membina dan menggunakan jaringan sistem pengangkutan awam sebanyak mungkin adalah satu contoh ‘mengubah gaya hidup’. Lari dari sistem pembaziran kepada sistem yang lebih kemas, tersusun dan ekonomik. China, Malaysia , India atau negara-negara lain yang berniat hendak mengikut gaya hidup Amerika atau meneruskan gaya hidup seperti hari ini, perlu berfikir sekali lagi. Jika gaya hidup Amerika menjadi kiblat, maka kita memerlukan empat buah lagi planet bumi untuk menampung keperluan bahan bakar. Ini satu harapan yang mustahil kerana kita hanya memiliki sebuah bumi.
Kini timbul khabar-khabar angin dan kenyataan terbuka dari pelbagai jenis/bentuk individu yang menyatakan bahawa jika minyak petrol habis kita memiliki biodiesel sebagai gantinya. Kita juga boleh menggantikan petrol dengan minyak soya, ethonol, butanol atau alcohol dari tebu. Ini sebenarnya dongeng. Tebu, sawit, soya dan semua bentuk tanaman memerlukan baja. Baja adalah hasil sampingan dari petroleum.
Persoalan akan timbul, apakah tanah subur di bumi ini hanya akan digunakan untuk menanam tebu, sawit dan soya? Bagaimana dengan makanan yang lain. Apakah semua bahan tanaman untuk dijadikan makanan kereta? Kini krisis telah mula timbul dan didengar di Amerika Latin akibat dari tanah-tanah yang semakin banyak digunakan untuk menanam soya. Soya ini bukan untuk dimakan tetapi untuk dijadikan bahan bakar.
Justeru, semua cakap-cakap tentang adanya gantian kepada bahan bakar petrol ini hanyalah cerita-cerita dongeng. Dongeng ini terus di taburkan oleh syarikat pembuat automobil. Mereka ini ingin terus menjual kereta walhal mereka juga sedar bahan bakar petrol ini telah susut dan berkurangan.
Tamadun kita hari ini ialah tamadun petroleum. Sama seperti tamadun zaman batu, zaman gangsa, zaman arang – semuanya berakhir. Apabila zaman batu berakhir tidak semestinya batu tidak wujud lagi. Apabila zaman arang berakhir tidak bererti arang telah tidak ada lagi. Begitu juga dengan zaman petroleum, ia akan berakhir tetapi petroleum masih ada saki bakinya di perut bumi tetapi untuk mendapatkannya telah menjadi begitu susah dan tidak ekonomik.END
NOTA : Sila ambil perhatian, satu permulaan untuk mengubah cara hidup ialah dengan menggunakan basikal.Tunggang Basikal Anda (TUBA) akan memulakan kempen untuk menaikkan kesedaran berbasikal. Pada petang Jumaat 27 Julai 2007 ini semua pembaca/peminat laman web dan blog di jemput datang ke Pasar Seni a.k.a. Central Market dengan membawa basikal. Berkumpul di hadapan Pasar Seni pada jam 6.00. Kemudian kita semua akan berbasikal dan bercanda-canda mengelilingi kota Kuala Lumpur seperti yang telah dilakukan oleh datuk, nenek, ayah dan emak kita satu ketika dahulu. Tinggalkan keretadirumah dan selamatkan bahan bakar minyak petrol. Bersama kita ubah cara hidup.
membaca hisham punya trippinhop rasanya macam kepala otak aku di ketuk ketuk dengan kelapa muda. Sakit oi! sejak dari hari ini aku akan cari basikal dan belajar kayuh kuat kan kaki aku yang lembik. Thanks Hisham tapi aku tak boleh pancut ke K.L all the best for the ‘Revolusi Basikal” best!
lets ride together!RECLAIM THE STREET!!!
jalan kaki ok jugak kan?maksud aku untuk ke tempat2 yg dekat.tak payahlah bermalasan nak naik motor jugak..huuh
TUBA hahhahaahahhaa! caya la
Warga metropolitan di Tokyo,New York (to name a few ) telahpun lama mengamalkan gaya berbasikal sebagai pengangkutan….namun ini amat tidak praktikal di kawasan seperti paloh hinai di pekan pahang ataupun di ceruk negara memandangkan jarak yang gilababeng jauhnya….oleh itu kereta2 yang berpuluh tahun mesih diperlukan…….and to warga kota,don’t be stupid,ride nowww!!!!!!
Teknologi biotek! sekarang ni baru dapat guna B20 (biodiesel 20% + diesel 80%). waiting for B100!!
thats why joe and hisham should run K.L (not malaysia) …can you imagine whats the national anthem wll be? joe proposal will collapse K.L economy because..first you got to hire another kind of mafia to fuck up those who run the whole bisness for taxi, bus, travelling tour, chain store and shitty hotels etc. to clean up a road mean to clean up the whole fuckup corrupt bisness of transportaion and yes yes minyak (oil).
joe i dont know the problem in k.l road is all about car bcos for me as ‘pendatang’ the problem in kl is not ‘car’ but ‘transportation system’ well thats asia not just K.L. look at pudu station its damn bloody fucking shit to me bcos ppl from every walk of malaysia have to suffer the way ‘they’ (remain mafia to me) run it man. lots of ppl every minit/ hour going in and out of K.L to such a vast lanscape of malaysa yet why malaysia (or mahatir n badawi) spend fucking money on airport for elite! and the used for it is just about 20% (well speculative ideas) of the in and out of pudu! fuck them man! this very idea of tourism is mystery
pudu can make as much money as the airport if they really look and think about how to make travelling within malaysia cheap, fast, clean, honest and it connect anak yang rindu rinduan kan mak and bapak dialah.
why spend so much money on airpot?
within malasia itself in term of transportaton should be the major project because it wanted to connect malaysua but not just some fucking elite who have the money. well ths is beyond basikal but the whole idea of transportation whch did not dscrimante some folk who cant afford aircon bus from johor to kelantan and strugglng if the belacan going to be busuk by the time they are there (which is several hours). transportation itself can be the mnost discriminatng bisness untill today. basikal, bus, kereta, kapal terbang or kapal laut its the same
look at train system in europe how they connect ppl who are basically migratory similar to us here in asia. why does it took such a fucking long tme for asa to make that bridge? why cant i took a train to india from spore? why the train system in asia is not interconnected? from london you can take train to berlin ya and why cant i take train to nepal?
bcos in K.L the mafia eat jeruk and in bangkok they eat something else then laos then etc and they cannot find the way to realise the ‘slk road’ for asia and for the people. only if this road is made possible asia will rise becauwse there is road which is not ‘corrupt’
if all this are understood politically it will defintely safe alot of minyak and it will free people to move around since we asian ‘basic identit’ is migratory just like any birds.
It’s definitely time for KL to have bike lanes. I suggest no cars except for taxis and buses in the whole of KL. Unless you’re living inside KL lah. And LRT lines that CONNECTS instead of leaving you stranded somewhere.
The other idea to have human catapults. You get into one, punch a button for destination, and whoooshh! Smack down at wherever you wanna go.
I swear to you guys. I’ll use my old bike, if…
if i can get a motor for it to enable me going up Bukit Ceylon without pedalling.
any idea?
Tahniah kerana mengadakan TUBA di KL.
Tetapi tahukah anda bahawa Mat-Mat Kelantan lagi advance mengadakan TUBA di sekitar daerah Pasir Mas ke Pantai Sri Tujuh, Tumpat setiap pagi Jumaat. Malahan pada bulan lepas satu Konvoi besar-besaran dari setiap pelusuk daerah telah bermalam di Pantai tersebut.
Menunggang basikal juga telah menjadi trend di Pasir Mas sejak tahun lepas di mana anak muda dan orang tua siang dan malam menunggang basikal. Bukan di pasir mas sahaja, malah aktiviti ini turut tersebar ke daerah2 lain seperti Pengkalan Kubur and Tumpat.Siap tubuhkan kelab2 basikal di setiap kampung.
Perubahan gaya hidup ini adalah disebabkan business basikal import/recon second hand dari Jepun yang banyak dijual di Pasir Mas dan Kota Baru. Tak kiralah basikal Jepun, China atau apapun tetapi perubahan gaya hidup ini sungguh menarik dan patut dipromosikan di KL juga.
Saya akan menyertai Jumaat ini dengan menunggang Bridgestone Lacrosse!
ape lagi,esk bwk basikal pergi CM la.join “critikal mass”.round naik basikal dlm bandar.kepada sesape yg ade basikal.jgn segan.meh dtg meh…6 ptg esk!!
Abe Sham, gunakan kereta kuasa air!
asik2 cite psl minyak..bosan betul