Hishamuddin Rais: Media & Alternatif
MEDIA DAN ALTERNATIF
oleh Hishamuddin Rais
Dari apa yang saya perhatikan, ketika ini masih ramai warga yang memiliki kekeliruan tentang kebebasan media. Warga yang saya maksudkan ini bukan warga biasa tetapi aktivis sosial, aktivis parti, para inteligensia dan para pembuat pandangan. Kekeliruan pandangan ini adalah hasil dari cara pemikiran yang tidak tersusun. Pemikiran yang tidak tersusun ini adalah hasil dari pada daya fikrah yang tidak terdidik dalam ilmu falsafah.
Jika kita ingin membina badan maka apa yang wajib kita lakukan ialah senaman, yoga atau bersukan. Jadi jika kita ingin memiliki cara berfikir yang tersusun rapi maka apa yang perlu ialah pengetahuan dalam ilmu falsafah. Hanya ilmu falsafah sahaja yang akan dapat mendidik otak kita untuk dapat berfikir dengan cara kritikal, tersusun dan sistematik. Jika senaman bertujuan untuk kesihatan badan. Falsafah ialah senaman untuk menyihatkan otak kita agar dapat berfikir secara tersusun.
Saya berani berkata demikian kerana terlalu ramai kumpulan-kumpulan warga kita yang gagal atau yang masih gagal untuk berfikir secara tersusun. Contoh yang paling jelas ialah masih ramai warga yang masih percaya kepada konsep kebebasan akhbar.
Saya sering mendengar kritikan terhadap tidak wujudnya kebebasan akhbar di Malaysia. Saya masih terdengar cakap-cakap, ceramah-ceramah, pidato atau penyampaiannya kertas kerja yang ilmiah tentang perjuangan untuk mewujudkan kebebasan akhbar. Pelbagai badan ‚Äì dari NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia hingga ke persatuan wartawan – selalu mengkritik kerajaan kita hari ini kerana menurut pemikiran puak ini, di Malaysia tidak wujud kebebasan akhbar.
Saya memiliki satu pandangan yang berbeza. Untuk saya kebebasan akhbar ini adalah satu bayang-bayang. Di dalam dunia yang kita pijak hari ini memang tidak ada satu pun akhbar yang bebas. Semua akhbar membawa agenda dan ideologi masing-masing. Malah tidak mungkin ada media yang boleh dianggap bebas. Media dalam apa sahaja bentuk mewakili satu garis pandangan dan mewakili satu kelompok.
Saya ingin menyatakan secara terang di sini bahawa tuntutan untuk melahirkan media bebas adalah satu pekerjaan yang sia-sia, Jika ada sesiapa yang sedang melakukan perkara ini maka saya anggap si Mamat ini hanya membuang masa. Jika masih ada lagi suara-suara yang menuntut agar di Malaysia perlu diwujudkan media yang bebas, maka saya anggap si Mamat ini tidak memiliki cara pemikiran yang tersusun.
Kita harus mengakui bahawa Utusan Malaysia, New Straits Times, Tv3, RTM adalah genre-genre media yang di miliki oleh United Malays National Organisation. Manakala akhbar Star, Nanyang Siang Pao atau Sin Chew adalah harta milik Malaysian Chinese Association. Harakah adalah milik parti Pas. Untuk saya semua ini bukan satu kesalahan. Memiliki akhbar adalah hak asasi parti atau kumpulan-kumpulan ini. Saya seratus peratus akan terus menyokong hak mereka untuk menerbitkan akhbar, memiliki stesen radio atau stesen Tv. Sebagai insan demokrat kita wajib menyokong pemilikan mereka sebagai hak asasi mereka. Ini sama seperti hak mereka untuk memiliki kereta Kancil atau Wira. Kita tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam media mereka.
Saya juga tidak akan marah jika media-media ini tidak membuat laporan tentang parti-parti musuh mereka. Atau mereka mengubah atau mengalih atau salah lapor tentang berita-berita lawan mereka. Tuan-tuan empunya media ini pasti akan mempertahankan garis dan kepentingan ekonomi mereka. Atau kepentingan parti mereka.
Kalau media itu dimiliki oleh cukong kapitalis Cina maka tidak mungkin media ini akan membuat laporan yang baik lagi positif tentang kesatuan pekerja atau tentang mogok kaum buruh. Kalau media itu dimiliki oleh kaum pemodal yang ada kepentingan dalam hartanah maka saya tidak hairan jika media ini akan membuat laporan yang tidak bersimpati dengan penduduk miskin kota yang tanah mereka ingin diambil alih oleh syarikat perumahan. Mustahil para kapitalis akan berlaku adil terhadap kaum buruh atau penduduk miskin kota.
Jadual pesta tahun baru di Bukit Bintang tidak mungkin akan disiarkan oleh Harakah. Berita sedemikian mungkin akan didapati dari majalah Klue atau dari laman Ricecooker. Majalah atau laman ini pula tidak akan membuat apa-apa laporan tentang program tarbiah Pas di Melewar. Ini adalah realiti hakikat media.
Jadi saya tidak hairan, dan kita semua jangan hairan atau marah apabila Berita Harian atau Utusan Malaysia tidak membuat laporan tentang kongres Parti Keadilan Rakyat atau aktiviti-aktiviti PKR. Tidak ada sebab kenapa akhbar-akhbar ini perlu membuat laporan tentang parti musuh mereka. Malah saya rasa adalah mustahil akhbar-akhbar ini akan membuat laporan yang positif. Jika media ini membuat laporan positif mengenai kerja-kerja politik musuh mereka maka saya anggap hari kiamat telah hampir.
Rasa saya telah sampai masanya kita melupakan konsep media bebas dan berkecuali. Atau berjuang untuk melahirkan media yang diharapkan akan dapat memberi laporan yang tidak berat sebelah. Memiliki natijah media bebas ini adalah satu yang merbahaya kerana ini akan melahirkan ilusi kepada orang ramai. Orang ramai akan terus menyimpan harapan bahawa satu ketika nanti akan muncul media yang bebas. Pembaca akan beranggapan bahawa ada kemungkinan laporan berita dari akhbar si Polan itu atau akhbar si Polan ini tepat tanpa berat sebelah. Kita wajib memecahkan ilusi media bebas ini untuk mendidik warga agar dapat memiliki fikrah yang kritikal ketika berhadapan dengan media.
Dari satu segi para pemimpin dari Barisan Alternatif dan kumpulan NGO sering menuduh bahawa semua akhbar arus perdana dan stesen tv dalam negara ini dimiliki oleh United Malays National Organisation. Atau genre-genre media ini terangkum dalam jaringan United Malays National Organisation. Jika ini kenyataan yang dilafazkan maka adalah satu kerja gila jika kita minta media-media yang sama untuk berlaku adil terhadap parti musuh mereka.
Apa yang harus kita sama-sama perjuangankan ialah hak untuk sesiapa sahaja menerbitkan akhbar, memiliki stesen radio, memiliki stesen tv atau menerbitkan majalah. Ini yang seharusnya kita perjuangankan. Kita sebagai warga wajib memiliki hak-hak untuk membuat akhbar sendiri. Membuat radio sendiri. Atau melancarkan stesen tv sendiri. Tidak perlu ada apa-apa bentuk sekatan untuk warga atau sesiapa sahaja untuk membuat media mereka sendiri.
Parti politik, kesatuan buruh, kaum kapitalis, kumpulan agama, kumpulan yang tidak percaya kepada agama, Mat Rempit, mahasiswa atau orang perseorangan – jika mereka memiliki modal dan boleh bertahan di dalam pasaran maka mereka ini tidak perlu diganggu gugat hak mereka untuk memiliki atau menerbitkan apa sahaja genre media. Warga tidak seharusnya dipaksa memohon permit untuk memiliki media.
Hak asasi untuk memiliki media yang seharusnya kita perjuangankan dan kita pertahankan bukan memperjuangkan kebebasan media atau akhbar. Hak untuk menerbitkan atau memiliki media ini adalah hak yang asasi. Manakala media bebas hanyalah satu ilusi yang merbahaya. Ilusi ini wajib dilawan. Ilusi ini memberi harapan dan dipenuhi dengan janji-janji kosong yang tidak bermakna. Media bebas ini tidak wujud dalam dunia yang nyata. Ianya hanya wujud dalam angan-angan berahi oleh orang-orang yang tidak memiliki cara pemikiran yang tersusun dan kritikal.
Jika fikrah kita telah mula memiliki kesedaran bahawa media bebas ini hanyalah satu bayangan maka kita wajib berhenti dari mengutuk atau mengkritik akhbar-akhbar seperti Utusan atau Berita Harian atau stesen tv RTM atau Tv3. Tidak perlu menyesak nafas dan membuang air liur kerana mengharapkan media ini akan berkecuali dan berlaku adil.
Dalam kepentingan politik dan ekonomi tidak wujud konsep berkecuali. Kaum kapitalis tidak akan berkecuali apabila melihat keuntungan di hadapan mata. Mereka yang zalim tidak akan berkecuali apabila melihat ada kumpulan yang ingin menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk rakyat. Hanya mereka yang tidak memiliki cara berfikir yang tersusun sahaja yang terus keliru dan mengharapkan media akan bebas dan berkecuali. Menunggu media bebas samalah seperti menunggu kesampaian 31 Februari.
END
the ideal is there, yes, i agree very much, Hisham. But there are more freedom or leeway now, as compared to earlier days. Maybe they just want to curry favors ( in terms of votes) among the so called youths, to gain support, confidence, whatever.
Masa Mahathir-fuck-Anuar time, student tak boleh ngundi, sekarang sudah boleh. Sekarang ada bloggers mapan dijemput buat liputan di Global Peace Conference oleh Mahathir (or maybe the latter just want to gain support among this freedom-believers, or maybe to add a Noble Peace Prize pulak among his honorary awards yang dah berjela-jela, now that he’s looked up by freedom torch bearer like Mack Zulkifli and Jeff Ooi. (Joe, Mahathir ada invite ko tak?)
Dulu kalau sebut pasal AUKU dah ada orang jeling-jeling, sekarang menteri pun macam beriya nak revise balik.
OK, we already have this imposing, colossal media conglomerate of incomprehensible proportions, powerful enough to take over gawd’s job to look after this country. It is so powerful that the whole country would start to worry if they reports that Abdullah Badawi is experiencing a serious constipation problem, and the market index would be affected to because investors are worried about badawi’s anal problem.
u may have seen it been practiced, look how the parrot and gagaks of Media Prima or whichever mainstream media kat Malaysia ni cakap black metal puja tuhan makan darah kentut semua, and everybody would believe it. but really, Media Prima is just a jambu boy to News Corp, owned by Rupert Murdoch. Thats how it goes la. Everything we know about the world is determined by this guy, who recently bought MySpace, u know, that internet based, people to people interface, sharing music, add me add u and stuff. It couldnt hurt for u guys to read the EULA (end user license agreement, where you must click “i agree” before you can use the service) of MySpace once in a while, from time to time, see if your stuff in there are not owned by that guy already.
It is one solid piece of shiny glazed marble of the highest quality, the ‘media’. It only needs a little tiny chip, to make a major crack in there. So, it is wise to learn the ways of the ‘adversary’, find the soft spot and start cracking. But most of the time its hard luck, so we just turn the other way, make our own fragile, brittle mouthpiece, and start preaching to the wrong crowd… dang, havent i already?
“If you got them by the balls, their minds will follow.” Dont let Hisham get your balls ya? Hehehe, sori, gurau je.
Media: Misbehave Educational Doctrine In Action!
no, hang on. i would like to eat my own words up there. please pass me the ketchup
surat terbuka kepada Harian Metro oleh Irman cukup bagus pengisiannya. apa pendapat kengkawan suma?