Hishamuddin Rais: Barat Sebagai Musuh
BARAT SEBAGAI MUSUH
oleh Hishamuddin Rais
Minggu ini, saya terbaca tentang kes sepasang anak muda yang “ditangkap” kerana sedang memadu kasih di sebuah taman. Mereka dikatakan sedang bercumbuan kasih. Kes ini berpanjangan sehingga sampai ke lembaga penghakiman yang tertinggi dalam negara ini. Saya tidak mempersoalkan keputusan kehakiman. Apa yang ingin saya timbulkan ialah sikap dan alasan-alasan orang-orang dewasa/tua terhadap anak-anak muda.
Dalam masyarakat Melayu biasanya hujah yang akan diberikan untuk mengawal anak-anak muda ialah kelakuan dan perangai mereka telah melanggar budaya. Atau telah melanggar adab sopan. Atau kelakuan mereka bukan dari budaya Timur. Mereka dipengaruhi oleh budaya dari Barat. Hujah “pengaruh budaya Barat” inilah yang terus berpusing-pusing untuk didengarkan ke telinga anak-anak muda. Jika tidak cukup dengan ini maka hujah-hujah ini akan disalut pula dengan hujah-hujah Islam.
Dalam konteks ini amat jelas Barat selalu dikutuk, diperlekeh dan dijadikan sebab utama untuk apa sahaja masalah yang sedang melanggar masyarakat kita. Jika ada sahaja sesuatu fenomena yang tidak kita fahami maka para politikus, pendakwah agama atau guru-guru sekolah akan menuduh Barat sebagai punca.
Mengutuk dan mempersalahkan Barat ini telah pernah saya baca, saya lihat dan saya alami ketika saya tinggal di Pakistan dan di Timur Tengah. Saya tidak tahu dan tidak ada pengalaman sama ada budaya mengutuk Barat ini juga sedang berlaku di Afrika dan di Amerika Latin.
Di sini saya mengambil sikap untuk mempertahankan Barat. Saya lihat Barat yang sering diserang dan dikutuk perlu dibela. Barat dituduh sebagai virus penyebab penyakit yang menyerang masyarakat kita. Setiap kali Barat diserang kelihatan ianya membisu dan tidak menjawab. Maka di sini saya berdiri untuk bersuara mempertahankan Barat. Apa yang saya pertahankan ini bukan kompleks industri persenjataan Barat (military industrial complexs) atau kabal Zionis yang mendirikan Empire yang menjajah dunia hari ini. Yang saya pertahankan ini ialah pembudayaan masyarakat Barat.
Sebenarnya perkataan Barat ini sendiri menjadi satu masalah untuk diri saya. Saya tahu ramai orang tidak sedar dalam budaya Melayu kuno, Barat atau Bharat yang dimaksudkan ialah India. Bharat adalah nama India asli yang mana negara ini ada memiliki usur budaya yang rapat dengan manusia Melayu. Tetapi pastilah bukan Barat/Bharat ini yang dikutuk oleh para politikus dan pendakwah moral.
Kerana ini saya sendiri masih kurang jelas Barat mana yang ingin dikutuk. Ini kerana jika Eropah yang dimaksudkan sebagai Barat – wilayahnya cukup besar. Masyarakatnya majmuk. Jika Amerika yang dimaksudkan, Amerika yang mana? Utara atau tengah atau selatan. Apa yang jelas di sini kelihatan yang para moralis ini sendiri kurang faham apa dia Barat yang dihamburkan dari mulut mereka. Untuk memahami dan menganalisa sikap dan pemikiran para politikus dan pendakwah moral ini, maka kita terima sahajalah perkataan Barat yang mereka hamburkan itu.
Pada ketika ini saya melihat perkataan Barat ini sedang digunakan sama seperti Presiden Bush menggunakan perkataan Usama Bin Ladin, fundamentalis Islam atau Zakarwi. Perkataan-perkataan ini selalu disebut-sebut sebagai dijadikan “hantu” untuk menakut-nakutkan orang ramai dan warga yang kurang arif. Orang yang takut biasanya akan mencari perlindungan. Kalau di Amerika mereka akan berlindung di bawah payung Bush. Di Malaysia jika warga takut dengan Barat maka kita akan berlindung di bawah payung pemerintah.
Sebenarnya jika kita perhatikan betul-betul para pendakwah moral dan para politikus yang selalu mengutuk Barat ini sedang dihinggapi penyakit skizofrenia atau jiwa terpecah dua (split personality). Mulut mereka akan berbuih-buih mengutuk Barat (walaupun tidak jelas Barat yang mana) tetapi kerja politik dan budaya amalan mereka semuanya berkiblat kepada Barat.
Rujukan-rujukan “kejayaan” negara kita ini semuanya ditakrif dan diperbandingkan dengan patukan Barat/Eropah. Perhatikan bagaimana laporan media kita, jika sekiranya ada seorang profesor Mat Saleh kelas kedua dari Eropah yang mengatakan bahawa negara kita ini “berjaya” maka si Mat Saleh ini akan diangkat, diusung ke hulu ke hilir untuk dijadikan modal sebagai petunjuk kejayaan kita.
Perhatikan bagaimana laporan akhbar dan tv kita yang membuat temu bual dengan para Mat Saleh yang datang ke pesta F1 yang baru lalu. Mat Saleh ini ditemu bual untuk menunjukkan betapa kita telah berjaya dengan F1. Temu bual orang Barat ini membawa maksud – sesiapa yang tidak percaya bahawa kita telah berjaya mestilah mereka ini bodoh kerana Mat Saleh orang Barat sendiri pun sudah mengakui kejayaan kita.
Lihat pula bagaimana para pelancong Mat Saleh akan ditemu bual untuk menyatakan betapa aman damainya negara kita ini. Ini juga untuk memberi tahu kepada warga bahawa negara kita tidak ada masalah. Negara ini aman damai dan unik. Kalau tidak percaya tanya si Mat Saleh dari Barat itu. Mat Saleh Barat kata betul maka pastilah semuanya betul.
Jika ada pula akhbar Barat yang membuat laporan yang manis tentang negara kita maka perhatikanlah tingkah laku media kita, terutama media aliran Melayu. Media ini akan meloncat menghambur mengheboh-hebohkan berita dari akhbar Barat ini.
Cuba tanyakan kepada si pengutuk dan si pencacai Barat ini – anak-anak mereka belajar di mana? Tanyakan juga kepada para politikus yang merangka sistem pembelajaran negara kita ini – kenapa mereka tidak yakin kepada sistem pelajaran yang mereka buat sendiri. Kenapa belajar dan graduan lulusan Barat dilihat lebih baik dari graduan tempatan?
Untuk saya semua budaya – budaya Barat, budaya Eropah atau budaya kita sendiri ada memiliki kekuatan dan ada kelemahan. Dari pengalaman saya yang hidup di Eropah, apabila masyarakat di Barat menghadapi satu-satu masalah mereka tidak akan menuduh masalah mereka berpunca dari orang Asia, atau pengaruh orang Melayu atau pengaruh orang Arab. Tidak mungkin politikus atau pendakwah moral mereka akan mengutuk Timur sebagai punca masalah. Di Perancis, Presiden Jaques Chirac tidak akan menuduh anak-anak muda berdemo di Paris bulan lalu kerana mereka terikut-ikut dengan rakyat Malaysia yang berdemo kerana harga minyak naik.
Untuk saya penanda aras keunggulan tamadun itu bergantung kepada bagaimana sebuah tamadun, budaya bangsa atau masyarakatnya itu menjaga dan memberi kepedulian kepada kanak-kakak, anak muda, orang tua, perempuan dan binatang. Kepedulian ini yang wajib dijadikan patukan/penanda untuk menilai keterampilan atau kemadanian sesebuah masyarakat.
Perkara seperti berpegang tangan, bercumbuan di tempat awam, minum arak, melepak hanyalah manifestasi dari konsep yang lebih besar. Moral, kelakuan, fesyen pakaian; semua ini adalah manifestasi pembudayaan. Manifestasi moral tidak mungkin dapat dibetongkan melalui hukum hakam kanun negara kerana manifestasi ini akan terus berubah mengikut asas perkembangan ekonomi.
Justeru marilah kita berhentikan perangai mengutuk, mencaci dan menyalahkan Barat. Kerana, pada hakikatnya dalam hati kecil kita semua termasuk para politikus dan moralis yang anti Barat mengetahui dan mengakui bahawa pembudayaan, keilmuan, teknologi, sastera dan budaya Barat itu lebih anggun, canggih, cemerlang dari budaya kita. Tarikan keilmuan dan tarikan teknologi Barat itu cukup hebat jika tidak mana mungkin semua alat-alat persenjataan negara kita beli dari Barat. Atau kenapa kita selalu tergila-gila hendak menghantar anak cucuk cicit kita belajar di Barat.
Bebaskan diri kita dari penyakit jiwa – split personality – ini. Dengan berani kita harus dapat menilai diri bukan dengan patukan atau rujukan Barat atau Utara, Selatan atau Timur. Kita mencermin sambil menilai diri kita dan bangun bertanya apakah kita semua telah berlaku baik dan peduli terhadap kanak-kakak, anak muda, perempuan, orang tua dan binatang yang hidup bersama di sekeliling kita. Jangan terperanjat kerana di Barat status wujudiah lima makhluk ini lebih lumayan berbanding moral budaya para penghuni Taman Tun, Country Heights atau Taman Rusila.
END
Saya membaca artikel ini agak setuju dengan hishamudin rais. Mengapa harus perlekehkan budaya orang lain sedangkan budaya kita pun diambil cedok daripada bangsa lain. Budaya barat a.k.a budaya kuning memang lama telah dipandang negatif sejak saya dibangku sekolah lagi. Sebagai contoh menulis mengenai artikel kejatuhan akhlak moral dikalangan remaja mesti diselitkan bahawa budaya kuning adalah punca segalanya kejatuhan akhlak dikalangan remaja di Malaysia. Cuba perhatikan sebenar-benarnya adakah sekolah mengajar budaya timur yang dikatakan disini sebagai budaya yang sopan-santun diajar kepada murid-murid disekolah? Boleh katakan orang yang mengutuk budaya barat boleh dikatakan berfikiran jumud. Ada pepatah menyebut “Buang yang keruh, ambil yang jernih” ini tidak terbalik “Buang yang jernih, ambil yang keruh”. Apahal2 fikirlah dengan betul2 dan jangan terima saja bulat2 kata para politikus atau pendakwah moral yang mengatakan budaya barat itu buruk. Walhal semua konsep dan teori pun mereka ambil dari barat jugak!!
>
ye betul…..saya bersetuju…..sejak dari dulu lagi saya juga telah mengambil sikap mempertahankan barat.walau bukan sepenuhnya,tetapi saya bersetuju dengan pertentangan penyalahan barat atas kesemua ‘morality deficiency’ yang berlaku dalam negara ini.para politikus patut lebih sedar akan fakta ini dan berhenti menyalahkan orang lain dan sebaliknya,cuba mengubah krisis sosial ini.saya juga bersetuju bahawa pendapat Barat tentang negara atau kemajuan negara kita tidak sepenting pendapat orang tempatan.ini kerana,orang tempatanlah yang paling mengenali negara mereka sendiri dan bukan masyarakat ‘gwailo’ dari Barat mana-mana arah sama ada down under ataupun up over…..
barat sekali lagi menjadi patukan politikus dan ahli moral. adakah telah menjadi budaya, bahawa di antara budaya timur itu, adalah di antaranya, mengutuk barat, dan mengapa ia jadi begitu? kalau budaya mengutuk di kalangan bangsa melayu yang dikatakan mewarisi budaya timur itu memang saya sedari. mengapa pula barat tidak mengambil sikap budaya yang sama? adakah kerana barat itu mewarisi budaya yang lebih baik dari apa yang disebut sebagai budaya timur? jika begitu, rasanya, kita harus mempelajari sesuatu yang baik dari pembudayaan barat yang lebih sopan dari kita? atau lebih santun dalam tutur bahasanya. dan saya juga masih terus tertanya-tanya tentang barat yang mana? dan apakah timur itu sudah diertikan maknanya sebagai santun, baik, jujur, hijau, atau ufuk di mana matahari terbit? perlambangan itukah yang mewarnakan bahawa timur itu baik. dan ufuk barat di mana matahari terbenam yang merenjiskan senja seperti menggambarkan evil dan hantu-hantu beterbangan. “jangan percaya cerita dongeng,” itu pesan kakak saya dulu.
setuju2.. kbykan org kite masih lagi kolot.. mintak maaf~…lgpn meraka susah utk teriam pendapat org muda dn berpengetahuan.. merka kata, mereka mkn garam dulu dr kite… ini bukn merujuk semua.. hany segelintir shj.. tp kdg2 yg segelintir inilah yg selalaunya menjadi punca..
bumi ini bulat. ‘Barat’ berada di sebelah barat kita dan kita berada di sebelah barat ‘Barat’. bumi ini bulat.
BUMI BULAT
bumi ini bulat. barat berada di sebelah barat kita dan kita berada di sebelah barat barat. selagi bumi ini bulat.
ape kate kite letak garis longitud tu kat india…bukan ke kite berada di barat juga???ape masalahnye yg nak meletak kite di timur atau barat…dan ‘claim’ orang kat sini ni org timur???bukankah semananjung ni pun kat barat…seme salahh org yg cipta barat…huargh…
pada saya terma ‘budaya barat’ dah jadi terlalu typical. kira mcm cara yg senang utk describe benda2 yg x bagus yg kebanyakannya dari barat. lebih kurang macam budaya kuning lah. tapi nak set minda semua rakyat untuk menghuraikan budaya barat ni mmg agak leceh. mmg ada baik/buruk benda barat atau budaya timur ke, apapun.. cuma ia lebih kpd ‘the easiest way to describe’ benda2 yg x elok. utk huraian, semua org bleh pikir balik..yg mana benda baik/tak baik dari barat, atau SECARA GEOGRAFINYA, eropah dan amerika. sebab benda jahat2 dari area ni senang sgt org nak ingat, itupun dari mindset org2 kita juga. apa benda dari barat yg senang dipengaruhi? melalui medium apa? mtv…internet..ideologi..sex
org yg cepat terpengaruh suka mengikut, selebihnya kerja syaitan.
itulah juga yg terjadi secara kontras dlm isu Osama dan Islam.
Just an observation. 🙂
Dalam artikel “King Kong – Sarung Party Boy”, orang tempatan (kita) dikatakan:
dan kita dianggap sebagai orang:
Mat Salleh disini dibaca sebagai “Barat”. Satu anggapan yang adil, bukan?
Jadi kenapa dalam artikel ini pula, barat dikatakan sebagai mempunyai:
Atau mungkin saya tersalah baca, interpretasi saya lari dari apa yang ditulis sebenarnya?
Di Perancis, Presiden Jaques Chirac tidak akan menuduh anak-anak muda berdemo di Paris bulan lalu kerana mereka terikut-ikut dengan rakyat Malaysia yang berdemo kerana harga minyak naik.
it makes sense, isn’t it?
aku membaca tulisan hishamudiin rais tu adalah sebenarnya apa yg aku selalu fikirkan dlm kepala aku tiap masa.takdelah setiap saat aku memikirkan hal ni,cuma aku pasti akan tertanya sendiri dlm diri soalan tu,’barat tu jahat sgt ke?’klu sungguh lah jahat dan buruk,kenapa kita pakai baju berkolar tuck in dgn long pants kemas bergosok tgh sbg identiti diri ke kerja?ko dah xboleh pki bj melayu ke?itu namanya ckp je lebih.aku naik menyampah.tp,aku tak pernah ckp org.cuma curiousity ada dlm diri. habis.
aku sayang malaysia.