Hishamuddin Rais: Akhirnya Ia Sampai
AKHIRNYA IA SAMPAI
oleh Hishamuddin Rais
Kebelakangan ini kita selalu membaca laporan berita di media tentang tanah runtuh, jambatan hanyut, bangunan retak atau jalan raya tetiba berlubang menjadi pintu gua. Kadang-kadang laporan ini menunjukan betapa baiknya nasib warga yang terselamat dari malatpetaka yang menimpa. Seperti berita batu besar jatuh betul-betul di tengah lebuh raya Plus dua tahun dahulu. Nasib baik, jalan ke utara ketika itu telah kosong kerana warga Kuala Lumpur telah banyak pulang berhari raya.
Tetapi tidak semua berita ini berakhir dengan nasib yang baik. Kemalangan jenis ini terus meningkatkan angka korban. Berita-berita koban kemalangan jenis ini hanya terpapar dan di sensasikan oleh media hanya untuk sementara waktu. Sesudah laporan kemalangan kita baca, warga tidak akan mengetahui apakah langkah-langkah seterusnya yang telah diambil. Siapa yang bertanggung jawab. Apa langkah susulan yang akan atau sedang diambil. Adakah pampasan diberi kepada keluraga yang terkorban. Jika tidak, yang maut itu hanya menjadi statistik seperti katak dilanggar kereta.
Saya menolak hujah yang mengajukan pandangan bahawa semua ini adalah takdir. Hidup mati insan didunia ini mengikut hujah ini, semuanya telah tertulis. Ini sebenarnya adalah sikap yang salah. Saya tidak akan menuduh kemalangan jenis ini sebagai kerja dan tugas Yang Maha Esa. Tuhan tidak akan masuk campur tangan dalam hal lebuh raya Plus berlubang atau blok bangunan perumahan retak.
Hujah ini jika dilihat dari satu segi kelihatan Yang Maha Esa sebagai unsur dan watak komidi. Bayangkan ketika diMalaysia tugas yang dijalankan oleh Yang Maha Esa hanyalah meretakkan bangunan, meruntuhkan bukit atau memutuskan jembatan. Saya rasa ini pasti bukan tugas Yang Maha Esa yang semestinya memiliki perancangan yang lebih kudus dari meretakkan bangunan pangsapuri yang baru sahaja dibina.
Pandangan yang mempersalahkan Yang Maha Esa jika kemalangan berlaku adalah cara satu kumpulan warga yang sedang menipu diri mereka sendiri. Mempersalahkan Yang Maha Esa ini juga adalah taktik yang selalu dilakukan oleh mereka yang sebenarnya bertanggung jawab apabila kemalangan ini berlaku. Inilah cara yang paling selesa untuk mereka yang bertanggung jawab melarikan diri dari bencana yang telah mereka semai. Untuk saya sesiapa yang memiliki pandangan ini akan turut sama bersekongkol dengan si pesalah.
Berlakunya kemalangan jenis ini pasti ada sebab musabab. Bangunan tidak retak, jembatan tidak terputus adn bukit tidak robek tanpa sebab musabab. Untuk saya bangunan retak, bukit robek atau jembatan terputus semuanya berpunca dari perbuatan manusia. Semua kemalanggan jenis ini jika kita selidiki, maka kita akan berjumpa dengan rasuah. Kecederaan, kerugian dan maut yang dihasilkan oleh kemalangan jenis ini semuanya berpunca dengan rasuah.
Mari kita melihat dan menoleh kebelakang bukan dua tiga tahun tetapi sepuluh atau lima belas yang lalu. Ketika ini ada satu kegilaan untuk membangunkan bangunan. Projek membangunkan bangunan ditafsirkan oleh pihak kerajaan sebagai tangga dan mercu kejayaan. Kemajuan disama ertikan dengan berapa banyaknya bangunan-bangunan dapat di dirikan dengan secepat mungkin.
Sebenarnya membuat jalan, membuat pembentongan air, menambak tanah atau mendirikan bangunan ‚Äì semuanya memerlukan perancangan yang teliti. Tanyalah para graduan ‚Äì juru ukur, juru bina, jurutera leterik, atau sesiapa sahaja yang bersangkutan dalam hal pembangunan akan memberitahu bahawa telah sedia wujud syarat-syarat dan rujukan-rujukan tertentu. Juga, telah diwajibkan lembaga-lembaga seperti Jabatan Kerja Raya, Lembaga Alam Sekitar, Majlis Tempatan dan dan dan… untuk meneliti kaedah pembangunan ini.
Lembaga-lembaga ini adalah warisan dari zaman British lagi. Penjajah British walau pun mereka mengambil/merompak harta kekayaan negara ini tetapi mereka memiliki kesedaran untuk tidak akan ‘membunuh anak negeri’ yang mereka jajah. Untuk penjajah anak negeri yang mereka jajah itu adalah tenaga buruh, bakal pembeli dan pembayar cukai. Juga apabila mereka meluluskan undang-undang dan hukum hakam mereka hormati. Jika undang-undang yang mereka wujudkan tidak mereka patuhi maka bererti mereka tidak berkemungkinan untuk bertahan lama ditanah jajahan.
Hukum dan peraturan peninggalan penjajah ini sedia wujud malah banyak yang telah diperbaiki mengikut ombak peralihan masa. Di atas kertas kelihatan semuanya indah, tersusun dan terkawal. Sepuluh atau lima belas tahun dahulu dalam kegilaan untuk membangunkan bangunan syarat dan peraturan ini telah disisih. Kuasa yang paling berjaya mengenepikan syarat dan peraturan ini ialah rasuah.
Contohnya – sebuah syarikat pemaju ingin membina satu bangunan ditepi pusat bandar. Jabatan Alam Sekitar tidak meluluskan kerana kawasan ini adalah kawasan hijau dan tadahan hujan. Lalu tuan empunya syarikat ini membuat langkah kedua. Pemaju ini akan pergi menemui seorang exco kanan kerajaan dan menjemput si polan YB ini untuk memiliki beberapa saham dalam syaraikat tersebut. Atau menjadi salah seorang lembaga pengarah syarikat. Jika ini gagal maka tuan empunya syarikat akan cuba pula berurus dengan Menteri Besar. Disini mungkin saham bergerak cergas atau duit rasuh berjalan lancar.
Kawasan hijau tadahan hujan ini akhirnya dicunggah. Bila penduduk tempatan membantah tuan empunya syarikat akan mengupah kaki busuk untuk ‘buat kacau’ ke atas penduduk tempatan. Jika ini gagal tuan empunya syarikat akan ‘kautim’ dengan pihak polis tempatan. Jika batahan berterusan akan diadakan tangkapan. Disini sebakul lagi duit rasuah akan berjalan.
Jabatan Kerja Raya, Jabatan Air, Leterik, Majlis Tempatan bukan tidak tahu apa yang berlaku tetapi ini adalah – projek YB. Apabila didengar bahawa YB ada kepentingan dalam projek ini maka semuanya turut sama membodek. Jika ditakdirkan ada beberapa orang pegawai yang jujur dan ikhlas dalam tugas mereka dan cuba menimbulkan penyalah gunaan kuasa, maka besar kemungkinan si polan yang jujur ini akan dipinggirkan. Atau dipindahkan atau tidak pernah dinaikkan pangkat. Jika terus ingin menjadi pegawai yang jujur ada kemungkinan Badan Pencegah Rasuah akan datang ke rumah.
Akhirnya projek bangunan ini bermula. Kondo mewah ini mula diiklan untuk dijual. Jangan salah faham duit-duit rasuah yang berjalan dari satu poket ke satu poket ini juga sebenarnya adalah duit pembayaran awal dari bakal pemilik kondo ini. Akhirnya Projek Kondo YB yang harganya 10 Ringgit kini menjadi 150 Ringgit. Harga naik kerana rasuah.
Kalau nasib baik projek ini akan selesai seperti yang dijanjikan. Tetapi dari apa yang selalu kita baca dan dengar banyak projek seperti ini tiba-tiba terbengkalai. Kenapa ia terbengkalai? Tuan empunya syarikat lari. Syarikat jatuh muflis. Cuba diselidiki betul-betul, pasti akan ditemui, semua ini berpunca dari rasuah. Rasuah telah membaham dari awal lagi dana, modal atau peruntukan untuk pembuatan projek ini.
Jika projek ini diteruskan maka pembuatannya adalah seperti berikut: – besi berubah dari kelas A menjadi kelas C. Lebih banyak pasir akan digunakan dalam campuran simen membuat dinding atau lantai. Kaca tingkap dari gelas yang paling termurah. Ensel, kunci atu tombol pintu akan tercabut pada bulan pertama rumah ini didiami. Saluran air kotoran akan tersumbat dalam masa tidak melebihi satu tahun. Paip air akan bocor. Atap akan tiris dan akan meresap ke dinding. Dalam masa satu tahun rumah lebih huduh keadaanya dari rumah di Kampong Kambing yang diceritakan oleh Samad Said dalam novel Salina.
Hasilnya maka kemalangan berlaku. Dinding tiba-tiba runtuh dan menghempap mangsa. Tempat simpanan air pecah dan mencari mangsa. Rumah tanpa serangan tsunami tiba-tiba retak. Dibelakang rumah tiba-tiba lubang besar terbuka kerana hakisan air. Pintu tidak dapat dibuka atau ditutup kerana tapak tanah telah mula merundum. Jambatan tiba-tiba putus bukan kerana banjir tetapi hanya dilanda oleh hujan petang.
Apakah yang saya tulis ini bukan satu fitnah atau khabar-khabar angin. Pekara yang saya tulis ini telah menjadi rashia umum. Umum mengetahui akan mondus operandi pelbagai projek yang diperlicinkan oleh rasuah. Pegawai kerajaan, tuan empunya projek, pihak berkuasa, majlis bandaran malah YB ahli-ahli politik pun tahu pekara ini sedang berjalan.
Lalu timbul persoalan jika mereka yang dipetanggungjawabkan ini tahu kenapa mereka tidak melakukan sesuatu. Jawabnya cukup senang – mereka semua ada berkepentingan. Ada yang telah menerima rasuah. Ada yang mendapat lot percuma di kawasan itu. Ada yang telah mendapat hamper. Ada yang telah pergi bercuti ke Langkawi dengan ikhsan tuan empunya projek.
Kenapa pekara ini terus berlaku dan warga terus menjadi mangsa. Isteri kehilangan suami kerana terkambus oleh tanah runtuh. Adik kehilangan abang kerana dihempap bangunan runtuh. Kekasih mati kerana tong air tiba-tiba meletup. Rumah yang telah dibayar tetapi tidak dapat diduduki. Akhirnya satelah sepuluh atau lima belas tahun ia sampai kerana terlalu ramai orang yang baik dan jujur tetapi tidak melakukan sesuatu untuk merubah keadaan.
END.
its the same tat happened to my dad.. ayah xnk terima rasuah pastu kene buang negri.. i think u know my dad? u 2 go to the same uni together.. n at last we stayed in jelebu..
Ni jadi pasal semua harga naik… nak harap gaji mana cukup, nak bayar itu, ini…….. Yang penting kekuatan iman sesorang tu kena kuat. Tapi kalau iman kuat sampai tak nak terima rasuah kene buang negeri.. Macamana pulak tu… he he he dunia nak kiamat….. Hapuskan Korupsi……..