Friday, 22nd August 2008: Malam Pesta Jiwa, Ipoh
Program MALAM PESTA JIWA diadakan adalah bertujuan untuk memartabatkan nilai seni dan budaya sastera ke suatu arah yang positif dengan misi yang merakyat. Program kesenian yang bersifat independent (indie) ini lebih mengutamakan kualiti seni yang tulen, mengutamakan isi berbanding kulit dan bersifat menghibur di samping mendidik pendengar dan masyarakat ke arah satu visi yang lebih menyegarkan aroma dan rasa.
Program yang diilhamkan oleh Saudara Meor Khairol Nizam dan Saudara Meor Saiful Nazli ini dibantu oleh Saudara Adha Effendy, Saudara Syed Muhammad Sharif, Saudara Meor Yusof Aziddin Meor Hassan dan Yayasan Kesenian Perak.
Semua seniman yang dicadangkan bergerak secara independent (indie) dan mengetengahkan karya-karya seni yang bersifat rakyat, perjuangan dan isu-isu semasa dan nilai-nilai yang membina. Apa yang lebih membanggakan bahawa seniman yang dicadangkan ini mempersembahkan karya ciptaan sendiri dan berbentuk kerohanian (spiritual) dalam mendidik. Karya-karya mereka mengutamakan kualiti daripada kuantiti.
Karya-karya mereka juga berbentuk memimpin bukan untuk dipimpin.
Tetamu Khas untuk program ini Pak Hishamuddin Rais yang akan memberi sedikit ucapan perihal kesenian.
• Pyan Habib (pyanhabib.blogspot.com)
Pyan adalah penyair yang sangat popular, dikenali dan unik dan namanya tidak perlu diperkenalkan lagi.
• Meor Yusof Aziddin Meor Hassan (pestajiwa.net)
Penyanyi folk yang telah memiliki 6 buah album di antara tahun 2001-2008. Antara album-album beliau ialah Pesta Jiwa, Pesta Jiwa 2, Itu Padang…Aku Di Situ, Aku Dan Bulan, Yang Terlintas Difikiran dan Sakrat. Juga sering terlibat dalam aktiviti kesenian yang dianjurkan di Kuala Lumpur seperti program KL Sing Song, Asean Singer/Songwriter dan banyak lagi.
Beliau pernah menganjurkan program kesenian yang bertajuk My Outsider Art yang telah diadakan Central Market. Meor juga terlibat secara langsung dalam aktiviti kesenian yang dianjurkan oleh Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) seperti program PROTES pada 6 Julai 2008 yang lalu dan Malam Kesenian Paksi pada 18 Julai 2008.
Selain itu, Meor juga terlibat dalam penerbitan album dan penggubah muzik untuk artis seperti Sohaimi Meor Hassan, Black dan Nik. Black dan Nik merupakan artis yang berkonsepkan muzik folk sebagai teras dalam berkarya. Meor pernah bekerja di Yamaha Music selama 8 tahun dari tahun 1996-2004 sebagai product consultant/guru musik. Juga pernah menimba pengalaman sebagai pemuzik jalanan (busker) sepenuh masa selama hampir 2 tahun pada pertengahan 2004-2006.
Meor juga seorang kolumnis di tokeikedai.net.my dalam ruangan ‘Sembang Tepi Jalan’ dan menulis dalam artikel yang dikeluarkan oleh akhbar tabloid Mingguan Wasilah, Konsep dan Suara Keadilan. Kini bekerja sebagai Pegawai Teknikal di sebuah syarikat Telekomunikasi Tele-Infra Sdn Bhd yang beroperasi di Ipoh, Perak.
• Black (kugiranjalanan.wordpress.com)
Black (Amin Iskandar) adalah seorang aktivis/penyanyi/blogger yang terkenal di Kuala Lumpur. Konsep muzik yang dimainkannya adalah folk dan Black pernah muncul dengan sebuah album pada tahun 2007 yang bertajuk Hentikan Perang Sekarang. Selain itu, Black merupakan seorang penulis di malaysiakini.com.
• Nan Blues
Nan atau nama sebenar Aznan Aziz adalah pemuzik jalanan yang berpengalaman selama 20 tahun bermain muzik di hotel dan majlis-majlis yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun NGO.
Pernah bermain dengan kumpulan muzik Blues Gang di hotel-hotel sekitar KL. Menjadikan muzik sebagai kerjaya sambilan. Nan juga dianggap antara pemuzik jalanan yang berjaya di mana beliau adalah pemuzik jalanan tetap yang dibayar untuk mengadakan persembahan di Downtown, Cheras. Konsep muzik yang dimainkannya adalah blues/folk. Akan muncul dengan album yang juga berkonsepkan blues/folk dalam sedikit masa lagi
• Rahmat Haron (kerbau.com/rahmatharon/)
Rahmat merupakan seorang penyair/pelukis/aktivis yang berkharisma dan sering mengadakan persembahan didalam dan luar negara seperti Indonesia, Korea Selatan dan Australia. Rahmat Haron juga dianggap sebagai penyair abad ke 21, di mana cara pembacaan dan penghayatannya unik jika dibandingkan penyair-penyair stereotype yang sedia ada di Malaysia.
• Azmyl Yunor (yat.ch/yunor) / (myspace.com/azmylyunor)
Azmyl merupakan seorang artis folk yang bertanggungjawab menganjurkan program Troubadour, Singer/Songwritter dan KL Sing Song. Pernah muncul dengan sebuah album. Menimba pengalaman sebagai Street Busker di Australia selama tempoh pelajarannya di sana. Kini mengajar di sebuah kolej di Petaling Jaya.
• Amirul Fakir
Amirul Fakir merupakan seorang penyajak/novelis. Kumpulan sajaknya Fosil diterbitkan beberapa tahun lepas dan terbaru Mea Culpa novel hasil karya-karyanya yang lalu. Penyair/novelis yang meningkat naik namanya dalam dunia persajakan tanahair ini merupakan anak kelahiran Perak.
• Perkusi Gatra
Mempersembahkan konsep etnik dan menggunakan alatan perkusi (percussion) dalam berkarya. Kumpulan yang dianggotai oleh anak-anak Perak ini sedang meniti peningkatan dan sering diundang untuk mengadakan persembahan. Antara undangan yang diterima ialah Pesta Air Malaysia 2008 di Langkawi dan Labuan, Sabah serta program Citarasa Malaysia Jom Makan-makan anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia yang diadakan di Miri, Sarawak. Kumpulan ini juga sering dijemput untuk menjadi tenaga pengajar teknik atau permainan perkusi oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.
Untuk keterangan lanjut dan berminat untuk penajaan sila hubungi:
‚Ä¢ meor lantera jiwa (013 – 455 7723)
‚Ä¢ meor infogo (019 – 427 9554)
‚Ä¢ adha (012 – 526 6350)
‚Ä¢ syed perkusi gatra (019 – 562 2042)
MAP:
my first visited at the premises happen to be its the last day there….enjoyed very much,,just wish that it will be other event in future and invite more audience special from secondary student involve in cultural club and kelab bahasa melayu….