FNBKL: Situation in Jogjakarta, Indonesia
Calling for Solidarity! – Situation in Jogjakarta, Indonesia
by Food Not Bombs KL
As known, last May there was an earthquake in Jogjakarta have caused thousands of citizens lose their homes, families as well as their belongings. Food Not Bombs friends who are from there contributed as well, lending help in any way they can. Several days after the quake, collectively they gather information on which areas that hasn’t been receiving logistic aid. After the locations have been recognized, FNB came up with a program called ‘dapur umum’ (open kitchen) which prepares free food.
A week after the quake, the program was successful. The resources to buy and prepare rice, vegetables, cooking oil, and kitchen utensils are acquired from individual contributions. In the grueling 3 weeks with minimal funds and volunteers, FNB receives funds and aid from friends outside Jogjakarta; one a ‘punkrocker’ from Kota Batang that till today help operates the ‘dapur umum’, together with two other friends from Bandung, funds from FNB Palembang and other partner associates, also with the help of mothers from Dusun Soronaggan whom practically cook for almost 50 people everyday.
Exactly a month later, the program moved to the other district after the locals feel they are able to fulfill their daily needs themselves. After several days in a new location, the ‘dapur umum’ have gotten themselves a better reception compared to the previous location. Almost everyday hundreds of locals as well as volunteers sit and dine together at the ‘dapur umum’.
The volunteers themselves are not sure how long the ‘dapur umum’ program could withstand. “Until we are no longer energetic to go on”, that is the answer that were given when asked by locals.
This report from Jogjakarta is received in early July and until mid-July, we received the latest email with news stating that the ‘dapur umum’ program has to be put to a halt due insufficient funds, hence they plead for funds and aids to keep coming in. For this time, they don‚Äôt have internet access, so it‚Äôs kind of hard to receive latest report from there, for those who have any latest news can send them through email or just put them in certain blogs.
As part of the Food Not Bombs volunteers, I welcome any people, autonomous groups, rock and rollers and organizations for benefit events or individual/collective contribution in aiding funds there. Humans should be able to perceive the importance within life that is filled with the crazy hound for weapons and power; but instead work equally without a call for a representative because just about everyone is capable of fulfilling each other’s needs.
Poodien
/ on behalf of Food Not Bombs KL
+6013 243 7092
fnbkl.cjb.net
What is Food Not Bombs?
Food Not Bombs is one of the progressive, independent and a non-hierarchical movement which are in concern of the change in the society whom disregards the importance of helping another in need when the real human spirit is to lend a hand. The movement started in Cambridge, Massachusetts in the 1980 by a group of anti-nuclear activists. After being active in North America, FNB is gaining momentum to the other parts of the world. Hundreds of FNB chapters sharing vegetarian food with hungry people and protesting war and poverty throughout the America, Europe, Australia and Asia. FNB chapters join forces with the other autonomous groups sharing the same dream of creating a harmonious and equal society.
Each ‘chapters’ or FNB groups in different sections in this world, other than sharing the same hopes, work and fight to recognize the local problems and issues that are derived from different types of oppression which still caused by the same roots of evil, selfishness, greed, capitalistic values with the intention of gaining profit from human race. Fundamentally, the Food Not Bombs chapters operate throughout the world by gathering and recycling food that are discarded due to external condition and sales but that are still edible; sharing with homeless people and the ones in need.
Panggilan untuk solidariti! – Situasi di Jogjakarta, Indonesia
Seperti yang semua sudah sedia maklum, pada akhir bulan Mei yang lalu, berlaku gempa bumi di Jogjakarta yang menyebabkan beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal dan menghadapi pelbagai kesulitan kehilangan keperluan asas hidup. Rakan-rakan Food Not Bombs di sana bersama kumpulan kemanusiaan yang lain turut serta dalam memberi bantuan mengikut fungsi masing-masing. Beberapa hari pasca gempa bumi, secara kolektif mereka mengenalpasti kawasan/daerah yang belum atau sangat sedikit menerima bantuan logistik.
Setelah mendapat data lokasi mereka terus mengambil inisiatif melaksanakan program ‘dapur umum’ (menyediakan makanan percuma). Seminggu selepas gempa, program tersebut berjaya dilaksanakan. Dana awal untuk membeli dan meyediakan beras, sayuran, minyak dan peralatan dapur didapati dengan mengumpul dana sesama mereka dan sumbangan individu. Dalam tiga minggu yang cukup mencobek semangat dan tenaga dengan jumlah dana dan sukarelawan yang minima, mereka menerima dana dan bantuan daripada rakan-rakan diluar Jogjakarta; seorang ‘punkrocker’ daripada Kota Batang yang sampai hari ini menguruskan dapur umum, dua teman dari Bandung, dana daripada Food Not Bombs Palembang dan rakan-rakan dipertubuhan lain, juga daripada ibu-ibu dari Dusun Soronaggan yang hampir setiap hari memasak untuk sekitar lima puluh orang.
Tepat sebulan program tersebut mereka berpindah ke daerah yang lain setelah warga setempat dirasakan sudah mampu memenuhi keperluan asas mereka sendiri. Baru beberapa hari di lokasi yang baru, dapur umum mendapat sambutan yang meriah berbanding di lokasi lama. Setiap hari hampir sekitar ratusan orang baik penduduk dan sukarelawan organisasi lainnya berkongsi makanan di dapur umum.
Secara jujur menurut mereka sampai hari ini mereka belum mengetahui sampai bila program dapur umum ini dapat bertahan.”Sampai kami tidak tak kuat lagi bertahan” itulah selalunya jawapan yang keluar daripada mulut mereka ketika ditanya penduduk.
Laporan daripada Jogjakarta ini diperolehi pada awal bulan Julai lepas dan pada pertengahan Julai, kami mendapat email baru yang menyatakan program ini terpaksa diberhentikan ekoran kekurangan dana dan mereka meminta bantuan untuk pencarian dana diteruskan. Buat masa sekarang mereka tidak ada akses internet dan menimbulkan kesulitan mendapat laporan terbaru, komunikasi hanya berlaku dengan berhubung melalui telefon. Sesiapa yang mungkin ada laporan terbaru atau berita yang harus dikongsi, boleh terus menghantar email atau menghantar komen melalui blog-blog tertentu.
Sebagai sebahagian daripada sukarelawan Food Not Bombs saya mengalu-alukan acara pertunjukan amal ataupun sumbangan individu/kumpulan dalam masa terdekat ini, mengutip dana untuk dihantar ke sana. Manusia seharusnya mampu melihat keutamaan yang harus di isi dalam dunia yang penuh kegilaan perlumbaan senjata dan kekuasaan. dan bekerja secara setara tanpa memerlukan representatif kerana hampir setiap orang mampu melakukan apa yang perlu dan memenuhi keperluan sesama.
Poodien
/ mewakili Food Not Bombs KL
+6013 243 7092
fnbkl.cjb.net
Apa itu Food Not Bombs?
Food Not Bombs adalah salah satu daripada pergerakan progresif, independen dan tidak berheriaki yang paling cepat berkembang, menggesa kepada perubahan total dalam struktur masyarakat daripada ketidakpedulian kepada bentuk masyarakat yang mengambil endah mengenai kesulitan manusia lain yang sepatutnya hidup saling menyokong antara satu sama lain. Pada awal sejarahnya, ia bermula dengan kumpulan pertama ditubuhkan di Cambrigde, Massachustte pada tahun 1980 oleh sekumpulan aktivis anti perang. Ia mula bergerak aktif di Amerika Utara dan menginjak momentumnya ke seluruh dunia.Beratus-ratus kumpulan FNB berautonomi berkongsi makanan vegetarian bersama orang-orang yang lapar dan menentang peperangan dan kemiskinan diseluruh pelusuk Amerika, Eropah, Australia dan Asia. Food Not Bombs bekerjasama bersama kumpulan autonomi yang lain berkongsi mimpi yang sama kearah bentuk masyarakat yang lebih harmoni dan setara.
Setiap ‘chapter’ atau kumpulan Food Not Bombs di bahagian -bahagian yang berbeza dalam dunia ini, selain berkongsi harapan yang sama, bekerja dan berjuang dengan mengenalpasti masalah-masalah berbentuk lokal, yang terhasil daripada penindasan yang berbeza-beza tetapi masih berakar daripada sumber utama yang sama iaitu kepentingan diri sendiri, ketamakan dan nilai kapitalistik yang lebih mementingkan keuntungan daripada kesejahteraan manusia sejagat. Secara asasnya, kumpulan Food Not Bombs diseluruh dunia beroperasi dengan mengumpul, menggunakan semula makanan yang masih elok tetapi dibuang atas alasan pasaran dan kondisi luaran, memasak dan berkongsi bersama -sama para ‘homeless’ dan orang yang memerlukannya dijalanan.
joe
aku nak tau cmner aku nak antor seng kalo aku dapat derma dari dak2 opis aku?