F:Code – Untitled

Joe

Joe hoards and shares.

3 Responses

  1. toilet:head says:

    terima kasih joe kidd…. sekarang ini aku tgh buat satu work khas ntuk kau…hahaha….menghargai ruang yg kau berikan kepada f-code melalui ricecooker ini ntuk meletakkan streetworks kami. gambarnya akan dipostkan nanti.

    aku biasanya guna unnamed bagi work yg aku buat….sbb ia hidup!
    tapi ‘untitled’ pun ok gak la.
    work ni aku buat kat wangsa maju ngan sedikit kat kl….kat bukit nanas pun ada gak.

    beberapa minggu yg lepas, hidup aku banyak di habiskan dgn kanak2… aku di pelawa kawan ntuk handle satu workshop yg sepatutnya berasaskan seni yg di terima oleh umum [umum masih belum menerima graffiti stensil ].
    aku diminta mengelola dua workshop iaitu silkscreen printing dan enniki [aku dah lupa ejaan, tapi ia mengajar kanak2 melukis instead of menulis diari ttg apa yg mereka lalui].

    tapi aku drop workshop silkscreen apabila masa aku handle workshop enniki tu, aku dapati ramai kanak2 ini yg terabai, tidak diendahkan….mereka tidak di percayai… tiada siapa mendengar suara mereka, tiada siapa peduli mereka ini kecuali kawan2 sebaya mereka. Semua ini aku tahu daripada diari bergambar yg mereka lukis dalam tmpoh 4 hari workshop enniki ini berlansung.
    hari kelima di mana sepatunya workshop silkscreen, aku tukar kepada workshop stensil…..ternyata mereka masih enjoi dgn workshop gantiaan ini. Aku bertekad memberi sedikit ‘suara’ pada mereka ini, supaya org dewasa macam kita buka mata dan mendengar pendapat kanak2 seperti mereka.
    dalam workshop ini aku mengambil 2 hari ntuk setelkan semua…hari pertama cari idea…hari kedua potong stensil….hari kedua agak mencabar sebab takut ada yg tercedera masa memotong….nasib takde yg cedera. sengaja aku u8mpan mereka supaya men’stensil’kan gambar2 yg mereka lukis dalam workshop enniki….ada yg melukis gambar bapaknya kerana bapaknya selalu menuduh dia mencuri duit[aku tak pasti outcome ntuk stensil tu betul2 serupa seperti bapaknya]. ada yg lukis gambar abang/kakak yg selalu mengganggunya dan ada juga yg melukis stensil berkenaan isu semasa seperti rogol yg melibatkan kanak2, kes bunuh yg semakin meningkat, ultraman, superman yg tidak lagi memakai seluar dalam diluar sehinggalah kepada peperangan.
    sebagai mana mereka gembira dapat menyalurkan suara dan kemarahan mereka di dinding[yg legal, kami sediakan], begitu juga aku setiap kali keluar melakukan stensil di merata tempat.
    selama 11 tahun ‘mencarut di dinding’, sebab yang sama aku tetap terus melakukannya….ingin bersuara. piece yg ini aku dedikasikan khas pada kanak2 yg selama ini tidak diendahkan walau ingin sekali bersuara…. dan perlu di ingat…kita juga anak2 itu yg tidak punya suara.

    kalau nak tgk lebih banyak pegila ke

    f-code.blogspot.com

    terima kasih!

  2. toilet:head says:

    lupa lak…aku buat satu piece ntuk kau sbb aku punya work diexhibitkan di jepun pada februari lepas…mereka tertarik setelah melihat work aku melalui r/cooker. bukan nak bodek seperti sangkaan adik aku!

    dan kanak2 yg ikut workshop aku terdiri dari mereka berumur 10 ke 12 tahun.

  3. xanepx says:

    blh x pass lakaran pic ni?? complicated la nak lukis..aku xreti nk buat

Leave a Reply