Black: Demonstrasi Jalanan – Budaya Negara Demokrasi dan Maju
Demonstrasi Jalanan – Budaya Negara Demokrasi dan Maju
oleh Black
Perdebatan tentang demonstrasi jalanan kembali hangat apabila Presiden Pas, Tuan Guru Haji Hadi Awang menyatakan dalam ucapan penutup dalam Muktamar PAS Pusat ke 52, bahawa beliau menggalakkan ahli parti PAS untuk menyertai demonstrasi sebagai salah satu cara untuk protes kepada kerajaan. Selain daripada itu, beliau juga berkata amalan demokrasi menghalalkan demonstrasi.
Kenyataan Hadi ini telah mendapat respon daripada pelbagai pihak termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Haji Hadi yang terkenal dengan “Amanat Hadi “sekitar tahun 1980an dulu telah sekali lagi menggegarkan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional dalam isu demonstrasi ini.
Kebanyakkan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional marah dengan Haji Hadi kerana dikatakan sebagai menggalakkan keganasan di kalangan ahli parti PAS. Malahan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow juga melenting dan menyatakan bahawa, “Saya mengingatkan mereka (ahli PAS) agar jangan menyalahkan polis jika tindakan diambil kerana ketenteraman awam perlu diberi keutamaan,” katanya[1].
Menteri Besar Melaka, Datuk Seri Ali Rustam juga memberikan komen berhubung dengan kenyataan Hadi dengan menyatakan bahawa, “It reflects badly on them (PAS), wanting to resort to violence to get what they want,” he told reporters after opening the 70th annual general assembly of Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad yesterday[2].
Malahan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dengan bangganya berkata, ‘‘Kita dalam UMNO setakat mana yang kita mampu takkan benarkan budaya seperti itu, ia tidak sesuai dengan budaya kita dan tidak dapat dimanfaatkan oleh masyarakat yang hari ini stabil dan padu serta ingin melihat kepada keharmonian negara[3].” Mungkin beliau telah lupa bahawa datuknya, Datuk Onn Bin Jaafar telah “menghasut” orang Melayu pada tahun 1946 untuk menentang gagasan Malayan Union yang diperkenalkan oleh penjajah British pada waktu itu. Malahan pada 10 Febuari 1946, Datuk Onn Bin Jaafar telah memimpin 15 000 orang Melayu untuk membantah Malayan Union di Batu Pahat, Johor.
Walaupun isu ini sering menjadi perdebatan diantara Badan Bukan Kerajaan, Parti Pembangkang dan Kerajaan, adalah perlu untuk membuka semula perbincangan mengenai isu demonstrasi ini agar rakyat akan faham dan tidak mudah untuk dimanipulasi oleh media arus perdana. Tun Musa Hitam, sewaktu menjadi Pengerusi SUHAKAM dulu pernah menyatakan sokongan terhadap demonstrasi aman pada tahun 2001. Kenyataan beliau ini juga pernah menyebabkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional melenting.
Dalam artikel 10, Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa rakyat Malaysia berhak untuk berdemonstrasi secara aman. Kalau kita lihat dinegara-negara maju seperti United Kingdom, ketika demonstrasi anti perang, kadang-kadang mereka dapat menghimpunkan sehingga satu juta orang. Tidak pun keselamatan negara mereka dan ekonomi terjejas. Malahan mereka bertambah maju kerana majoriti rakyat tahu akan hak dan dibenarkan mengkritik secara terbuka.
Kalau kita menggunakan Dasar Pandang ke Timur, kita boleh lihat bagaimana negara-negara seperti Jepun dan Korea Selatan. Korea Selatan yang terkenal dinegara kita kerana membantu pembinaan KLCC, jenama Samsung, LG dan kenderaan-kenderaan bermotor seperti Kia dan Hyundai, mendirikan beberapa yayasan untuk memperingati kebangkitan rakyat melalui demonstrasi jalan raya untuk menegakkan demokrasi seperti Yayasan Memperingati Kebangkitan 18 Mei (May 18 Memorial Foundation) dan Yayasan Demokrasi Korea Selatan (Korea Democracy Foundation).
Yayasan-yayasan ini diberikan bantuan kewangan oleh kerajaan Korea Selatan hasil dari kutipan cukai daripada rakyat Korea Selatan. Setiap tahun, 18 Mei merupakan sambutan kebangsaan bagi penduduk Korea Selatan bagi memperingati syuhada-syuhada demokrasi yang terkorban kerana bangkit melawan pemerintahan diktator tentera yang dipimpin oleh Jeneral Chun Doo Hwan.
Pejuang-pejuang yang mati dalam kebangkitan Gwangju ini telah diangkat sebagai wira dan cerita-cerita mengenai mereka dimuatkan dalam buku-buku sejarah dan menjadi teks bagi sekolah. Mereka mahu semua rakyat sama ada generasi lama atau generasi baru tahu akan sejarah ini. Selain daripada itu, pemerintah sendiri akan terus diingatkan agar tidak berlaku zalim dan kejam terhadap rakyat agar peristiwa ini tidak akan berulang.
Di Malaysia, kita tidak diajar untuk menghargai sejarah. Malahan seperti disuruh untuk melupakan sejarah. Pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Chin Peng langsung tidak dihargai jasanya malahan sehingga kini tidak dibenarkan untuk masuk ke Malaysia. Begitu juga dengan Dr. Burhanuddin al Helmy (yang juga merupakan pengasas Perubatan Homeopati di Malaysia), Datuk Ahmad Boestamam, Rashid Maidin dan ramai lagi begitu sedikit ditulis mengenai sumbangan mereka didalam buku sejarah di Malaysia.
Sebab itu bangsa Malaysia masih lemah. Rakyat Malaysia tidak pernah diberi peluang untuk hidup sebagai bangsa merdeka walaupun negara telah merdeka pada tahun 1957. Malahan peratusan “demokrasi negara” menurun secara mendadak semenjak tahun 1957. Contohnya kalau dulu selepas merdeka, kita tidak punyai AUKU, tetapi sekarang kita ada malahan pejalar-pelajar universiti diikat “seratus peratus” daripada terlibat dengan politik dan masyarakat.
Demonstrasi jalanan bukanlah ketinggalan zaman. Demonstrasi jalanan akan terus diamalkan sepanjang zaman oleh rakyat dunia. Demonstrasi jalanan juga merupakan amalan demokrasi yang dipersetujui oleh dunia dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) seperti yang termaktub dalam artikel 20 (1), Deklarasi Antarabangsa mangenai Hak Asasi Manusia (Universal Declaration on Human Rights), “Everyone has the right to freedom of peaceful assembly and association”.
Demonstrasi jalanan juga tidak mebelakangkan prinsip demokrasi seperti yang dinyatakan oleh bekas Pengerusi BBC, Datuk Shahrir Samad dalam Utusan Malaysia, 12 Jun 2006[4]. Ternyata Datuk Sharir Samad yang dianggap sebagai wira kerana meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BBC kerana menyokong usul Lim Kit Siang juga tidak faham akan Deklarasi Antarabangsa mengenai Hak Asasi Manusia.
END.
footnote:
[1] Petikan dari Utusan Malaysia, 12 Jun 2006. Boleh dilihat dalam ruangan Politik, utusan.com.my
[2] Petikan dari The Star, 12 Jun 2006. thestar.com.my
[3] Petikan dari Utusan Malaysia 11 Jun 2006. utusan.com.my .
[4] utusan.com.my , 12 Jun 2006.
==============================
Black
Postcode 502-260. Korea Republic.
Gwangju Seo-gu sangmudong 1268
5.18 Memorial Culture Hall
Office : +82-62-456-0518
Fax: +82-62-456-0516
Home: +82-62-431-5180
email: email @ yahoo / email @ gmail
Intisari utama meletusnya debat terbaru tentang hak berdemonstrasi ini datangnya dari tulisan akhbar yang menyatakan Haji Hadi mengesyorkan penggunaan lontaran batu terhadap polis.
petikan Berita Harian 8hb Jun 2006:
“Bercakap kepada pemberita selepas menutup Muktamar Pas di sini, semalam, Abdul Hadi berkata, penyokong parti juga boleh bertindak balas membaling batu kepada pihak berkuasa yang menghalang mereka berdemonstrasi.”
ah.. kalau demonstrasi jalanan je xbulih..
ganas la..barat la..x sayang negara la..vandals la…’Murtad’ la..
….ape2 je la..sumenye negatif kalau berdemo..!!
klau kite nak kene pijak ..xkn kite nk wat dono je..
menteri yang huru-hara barat pula yang dipersalahkan
apasal nk baling batu kat dia org baling la kat hantu raya kat putrajaya dia org takut tergugat kedudukan dia org..