Bands: Your Songs Wanted!
Label Filipina mencari band dan artis untuk kompilasi antarabangsa bagi benefit Autonomous Media di Manila.
Convergence Party Recordings; di antara label/projek terawal dari Filipina yang mandiri, dimiliki buruh dan dikerjakan para sukarelawan/ita, akan melancarkan sebuah kompilasi benefit berjudul DISMANTLE THE MACHINERY; Songs of Audio Annihilation CDR.
“Dismantle” (mencerai/merombak), memberi erti suatu konsep, strategi dan penyelesaian rasio ke atas entiti korporat dan dominasi global iaitu kuasa pemerintah ke atas masyarakat, dan kitaran tamadun moden dan simbol kapitalismenya yang hanya memusnahkan kehidupan di dunia ini.
Volume kompilasi yang pertama ini akan bakal memuatkan 75 buah lagu yang disumbangkan dari serata dunia. Hasil kutipannya akan disalurkan kepada organisasi Autonomous Media di Metro Manila (www.a-manila.org), bagi membolehkannya meneruskan inisiatif dalam kerja pengorganisasian dan sebagainya.
Kompilasi ini merupakan campuran pelbagai genre muzik, dari punk kepada noise, industrial, tekno, crust, ambient, power electronics, hardcore atau folk hingga ke rap dan avant pop, dan semuanya ini akan dikompilasikan dalam format MP3.
Secara dasarnya, ini boleh dikatakan sebagai suatu kesatuan irama Timur dan Barat, bergerak untuk perubahan. Anda akan menemukan lagu-lagu yang mungkin pernah didengari sebelum ini, berserta dengan lagu-lagu yang masih belum pernah berpeluang untuk diterokai… namun pastinya setelah mendengarnya dijamin akan menjana minda dan membangkit jiwa melawan.
Sebahagian daripada rilisan ini juga akan disumbangkan kepada pelbagai kolektif untuk mereka mengumpul dana bagi gerakan revolusi akar umbi. Salah satu gerakan yang penting yang perlu dimaklumkan di sini adalah “Free Sagada 11 Campaign” di mana ketika ini mereka sangat-sangat memerlukan bantuan kewangan, juga buat aktiviti-aktiviti Food Not Bombs di Filipina.
Tarikh sasaran bagi rillisan ini adalah pada 11 September 2006.
Bagi mereka yang menghantar lagu secara online akan mendapat copy kompilasi ini dalam bentuk yang sama. Rilisan bagi mailorder luar negara Convergence-Party Recordings adalah terhad untuk 60 buah copy sahaja, CDR-nya bernombor dan disembur dengan hasil seni stensil.
Kami juga berminat untuk berurusan dengan distro-distro di luar Filipina bagi kadar pukal dan pra-pesanan dalam tempoh bulan September. Jadi, sertailah sekarang!
Untuk keterangan lanjut sila hubungi infidelcastro
Petition & Background on the “Free Sagada 11 Campaign”: petitiononline.com/sagada