Saturday, 13th May 2006: Workshop Letter Writing: The “Black Metal” Issue
dari fnbkl:
Baru-baru ini, terdapat banyak isu semasa yang disiarkan di dalam media yang kebanyakkannya menyentuh perihal anak muda / budak scene seperti isu moral, hiburan atau musik alternative (i.e gig di Paul’s Place diserbu polis dan dilabel konsert Black Metal (perhatian : budak-budak Black Metal turut dijemput menghadiri bengkel ini kerana kami tidak diskriminasi terhadap mereka.. Black Metal ialah salah satu genre musik underground! Jangan kambing hitam kan mereka..)
Banyak surat luahan atau pandangan yang disiarkan tidak ada satu pun dari anak muda / budak underground… Sudah tiba masa untuk anak muda menyuarakan pandangan atau ketidakpuashatian melalui penulisan..
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai bengkel ini, sila daftarkan nama anda segera kerana tempat duduk adalah terhad kepda 30 orang sahaja. Untuk menyertai workshop ini, anda perlu mengemailkan nama dan number telefon anda kepada email ini.
Sebarang pertanyaan sila email ke free foods at yahoo atau kontak 012-2438406.
Tarikh : 13 Mei 2006 (Sabtu) – signifikasi peristiwa 13 Mei 1969-
Masa : 4.00 – 6.30 ptg (minuman + kuih disediakan)
Tempat : Petaling Jaya (Pejabat SIS) / Bangsar (MalaysiaKini)
* workshop ini akan dikendalikan dalam Bahasa Melayu
YANG DIJEMPUT DATANG
-Editor-editor FanZine underground Malaysia
-Band-band (keutamaan band yang kena tangkap masa New Year kat Paul’s Place)
-Myspace fan yang suka tulis Bulletin
-Hishamudin Rais
-A.Samad Said
-budak-budak Black Metal yang selalu kena kutuk dalam metro
YANG DIHARAPKAN TAK DATANG
-Editor Metro
-Paul
-Hishamudin Rais Wannabe
-straight edge yang tak straight edge
-Shukri (editor Praktikal Subversive)
-Alind (ARCollective)
-Jimbo Parkinson & Joe Kid Carburator Dung (kerana sudah tua)
TOLONG FOWARD KAN KEPADA TEMAN-TEMAN ANDA!
*SILA FORWARDKAN KEPADA REMAJA SAHAJA (DIBAWAH UMUR 30TAHUN)
haha..yg diharap tak datang pon ada..bijak2
aku rasa benda ni patut buat time 1 mei lepas…sebab 13 h/b ni banyak gig lah! tak caya check kat malscene…semua budak2 nak lepas geram…termasuk aku…hahaha…30 orang aje? adus!
YANG DIHARAPKAN TAK DATANG:
-Shukri (editor Praktikal Subversive)
Ha… yang ni aku setuju sangat. Suka berkeji dia ni. Hahaha!!!
๐
1 mei itu mayday. bagi aku tak sesuai nak buat workshop sebab hari tu memang nak sambut mayday ๐ … kalau nak buat workshop pun pada hari tu buat workshop tentang mayday je sesuai…
berkeji ๐
semua gig pada 13 mei ditangguhkan kerana memberi laluan kepada workshop ini
– lawak biasa kat buletin myspace
aku sokong sgt sukeri xyh dtg…
lgpun dia nanti dia nak repot polis kalu ada perhimpunan black metal.. hehehe
aikss.. nak wat workshop pun peserta kena limited kerw?? huhuhu… ingat nak pi tp.. ermm..
tulah … aku pun tak setuju sbb limited … tapi mungkin tak sampai 30 kot yg datang .. tu yg buat limit tu .. ๐
dengar 27 hb ni exploited perform kat subang…sapa tau? ada flyer…uplaoad ler…